Selamat Tahun Baru (Slamat Sowak Bauh, Happy New Year)
Wow.. semakin hari, semakin laju masa berjalan. Hari ini sudah 7 Januari 2014. Sudah 7 hari kita berada di tahun baru.
Tahun lepas kita kata "lambatnya..." tapi bila tahun baru dah tiba, kita cakap "Aduh..cepatnya masa berlalu".
Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Usia kita pun berganti juga, 1 angka akan bertambah di hadapan. Tahun ini aku berumur 34 tahun. Wah!! tak pernah terfikir, tak pernah sangka aku akan hidup sejauh ini. Oh, PUJI TUHAN. Terima kasih banyak-banyak Tuhan sebab memberi aku peluang untuk menghirup udara tahun 2014 ini. This is a blessing. Ini bukan sekadar pertambahan usia, ini juga bermaksud pertambahan berkat dalam hidup. Puji Tuhan.
Aku tak rasa aku tua. Aku rasa tidak ubah seperti dalam usia 20-an. Tidak ada yang banyak berubah rasanya. Wajah pun tidak juga rasa berubah. Cuma badan ada berisi sedikit kerana sudah mengandungkan 2 orang anak, di saat mengandung memang berat ku naik. Paling tinggi sehingga 72kg masa ku pregnant Kasih dahulu.
Usia 20-an merupakan usia yang aku rasa puas, sungguh puas aku hidup.
Memulakan kerjaya pada usia 21 tahun, mendirikan rumahtangga pada usia 29 tahun, dan melahirkan anak pertama pada usia 30 tahun. 29 tahun aku hidup membujang atau single. Aku sudah puas. Banyak kenangan pahit manis, masam, masin aku dah lalui. Fasa jatuh cinta, fasa bercinta, fasa putus cinta...syukur, semuanya aku dah lalui.
Semua kenangan itu tidak membuatkan aku jatuh, malah aku menjadikan setiap kenangan itu sebagai pengajaran, untuk menjadi lebih baik.
Setakat ke hari ini, tidak ada apa yang aku menyesal.
Ketika aku mula bekerja pada usia 21 tahun, aku dah puas memberi makan ibu dan bapa dengan duit titik peluh sendiri. Sudah puas memberi mereka belanja tiap bulan. Sudah puas menjaga sakit pening, ulang alik ke klinik dan hospital. Sudah tercapai membeli apa yang mereka suka makan. Sudah meluangkan masa bersama, berjalan ke sana-sini. Tidak ada apa yang aku kesalkan. Aku sudah puas dengan hidupku.
Setiap bulan apabila aku terima duit gaji, aku akan bawa mereka jalan. Walaupun hanya berjalan pergi shopping barang dapur, ataupun berjalan dengan hanya makan mi kolok, itupun sudah cukup. Aku sudah puas, dan aku tidak kesal hidup sebagai anak perempuan tunggal (anak bongsu).
Aku bahagia dan amat gembira sekali kerana berpeluang menjaga ibu dan bapa di kala senang, sihat, mahupun sakit. AKu tidak akan berhenti, aku tidak akan bosan, malah aku tidak pernah rasa terbeban menjaga ibu dan bapa ku.... Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan ibu dan bapa yang sangat memahami segala sisi kehidupan. Terima Kasih banyak-banyak Tuhan... aku sungguh bersyukur di atas segala berkat yang telah Engkau berikan padaku selama ini. Thank you..
2014 - apa azam tahun ini.
Ini merupakan tahun terakhir aku melanjutkan Pengajian secara PJJ.
Oh Tuhan, tolong lah. Tahun ini merupakan tahun ke-6 aku di USM. Cukup lah sudah tahun ini aku nak grade. Berilah aku kekuatan, kerajinan, dan kebijaksanaan yang berlipat ganda tahun ini untuk ku menghabiskan pengajian.
Semasa baru melanjutkan pengajian dahulu, pada masa tu aku berumur 27 tahun (2007), aku bercadang akan habis dalam 4 tahun. Namun, kita merancang tetapi semua nya Tuhan yang menentukannya. Sepatutnya usia 31 tahun aku dah grade, kini aku dah 34 baru nak di tahun akhir.
Tahun ini satu saja azam aku, aku mahu grade.
Azam-azam lain biarlah dahulu.
Tahun ini aku telah berkorban banyak perkara dalam hidup kerana aku nak fokus kepada keluarga dan pelajaran. Aku dah tinggalkan pelayanan. Satu kerja yang amat aku minati, it is my passion to do ministry. Aku sungguh happy melakukannya...tetapi biarlah dahulu. Aku nak tumpu kepada pelajaran dan keluarga dahulu. Nanti kalau anak dah pandai berdikari, aku akan kembali. Oh Tuhan, berilah aku peluang untuk datang dan melakukan pekerjaan yang aku sukai.
Terima kasih banyak-banyak...
Tuesday, January 07, 2014
Friday, January 03, 2014
Cerita Krismas 2013
Salam Damai.
Entah sudah berapa lama tak menulis.
Bukan tak mau menulis, nak, tapi masa amat lah mencemburui hidup kita ini.
Lagi 2 minggu lebih aku akan bertolak ke USM Penang. Kali ini, Oh Tuhan berilah aku energy, kekuatan, ketabahan dan semangat yang membara-bara untuk melakukan yang terbaik. Kalau boleh Tuhan, inilah kali terakhir aku ke Penang untuk Kursus Intensif.
Terlalu banyak yang telah dilalui. Christmas sudah berlalu, dan kini sudah menjelang Tahun Baru 2014. Tup tup tup tak sedar. Very wet year-end. Bermula dari 23 Disember hingga lah ke 31 Disember, hujan tidak berhenti-henti turun. Salji berkat yang Tuhan turunkan di musim Krismas tahun ini memang sungguh luar biasa. Terkenang kisah beberapa puluh tahun dahulu masa aku lagi kecik ketika di sekolah rendah...hampir setiap hari Krismas hujan akan turun. Itulah saat yang paling berharga. Di pagi Krismas, turun ke gereja dan berdoa, berjumpa dengan rakan-rakan rapat dan saudara mara yang kian lama tidak bersua,...sungguh istimewa saat itu.
Tahun ini , aku gagah diri untuk membuat kek lapis. Sudah 7 tahun aku tidak meraikan Krismas dengan sepenuh hati. Aku mula sambung study pada Tahun 2007, dan setiap hujung bulan November hingga pertengahan Disember aku akan ke USM di Penang. Apabila pulang ke rumah, tinggal seminggu untuk Krismas. Dalam tempoh seminggu itupun akan sibuk menyiapkan Amali Report dan Asignment yang akan due pada hujung bulan Disember. So, memang tidak sempat langsung untuk menyediakan kek dan biskut dengan tangan sendiri. Bukan tak nak beli, tapi lebih puas kiranya dapat makan hasil titik peluh sendiri.
Tahun 2013, aku buat 4 jenis kek Kukus;
1. Kek Pilih Kasih
2. Kek Lumut
3. Kek Olive Nala
4. Kek Lapis Olive Kasih
Kek Olive Nala dan Kek Lapis Olive Kasih ni adalah resipi ciptaan aku sendiri. Kebanyakan kek kukus tidak menggunakan santan paket, fresh milk dalam kotak, dan juga peanut butter. Aku gunakan bahan ini sebagai bahan istimewa kerana ini melambangkan kedua-dua anak kesayangan aku. Memang sangat sedap. Lembap, basah dan tidak begitu manis sebab aku kurang kan gula.
Aduh, terlalu banyak cerita di bulan Disember tetapi tidak sempat nak menulis.
Aku harap pada Krismas tahun depan, kami akan sempat membuat Open House di Taman Suria. Tahun ni sudah genap 4 tahun kami menetap di sana dan tak pernah menyambut sebarang perayaan di rumah sendiri. Semoga pada Krismas tahun ini kami akan sempat membuat open house dan berpeluang menjemput jiran datang ke rumah.. Belanja jiran makan terutamanya jiran yang sangat baik seperti Auntie & Uncle Fong, dan cikgu jangan kacau saya.

Tuesday, November 19, 2013
CHICKEN POX MELANDA FAMILY KESAYANGANKU
30 Oktober
2013
Kasih kena chicken pox. So, dia terpaksa cuti sakit sampai 8 November
2013. Itupun masih ada bekas-bekas lagi. Tapi memandangkan semua chickenpoxnya
dah keluar dan lukanya semakin sembuh, kami hantar juga ke sekolah. Yalah, dapatlah mak aku relax sikit daripada
menjaga 2 orang budak sekaligus.di rumah Kasih tidaklah begitu nakal…dan tidak
juga begitu menyusahkan. Tetapi dia
sangat teruja bila berada di rumah sehinggakan tidak kenal erti tidur dan makan
kerana leka sangat bermain dengan Olive.
Hinggakan Olive pun
terikut-ikut keterujaan bermain sehingga tidur pun tidak mahu. Hujung-hujung emak aku pulak yang kurang
rehat..
Kesian…
Tapi chickenpox Kasih
tidaklah terlalu teruk. Dan dia aktif seperti biasa…
[Muka sedih Kasih. Tapi sebenarnya dia happy seperti biasa.
Ini memang
muka manja minta kesian. Ahahahaha!!]
14 hari
kemudian… iaitu pada Jumaat, 15 November 2013
Olive dan papanya mulai
panas badannya. Papanya sudah mula kesejukan yang tidak pasal-pasal. Berselimut
sampai 2 lapis. Pakai baju sampai 2 lapis. Ini memang kes yang luar biasa sebab
hubby biasanya bukan jenis orang yang kesejukan. Dia ku selalu gelar “bleda
tayar” sebab tak kenal erti sejuk. Tapi kali ini amat berbeza 1001%.
Akhirnya pada Sabtu, 16
November 2013.. dalam sejarah mereka berdua telah menunjukkan symptom
bintik-bintik hitam di badan..
Sehingga ke hari ini, 19
November hari Selasa, bintik itu semakin banyak dan lebih dahsyat dari
bintik-bintik Kasih…
Inilah chickenpox…
oh...kesian Si Olive Nala.. habis mukanya.
Badan tak payah nak cerita.
Oh Tuhan, tiap hari aku
tidak pernah lupa untuk berbual dengan Engkau. Walaupun kadang-kadang hanya
perkara kecil seperti meminta tempat parking, dan hal yang kecil-kecil. Hari
ini besar sikit permintaan ku. Tolong sembuhkan mereka.
Malam tadi aku tidur jam
2.00pagi gara-gara mengelap badan Olive kerana terlalu panas. Jam 1230 tengah
malam aku bangun memberinya panadol kerana takut terlalu panas..
Oh, Tuhan..beginilah
hidup seorang ibu. Dan assignment ku masih bertimbun, masih belum dapat buat
dengan concentrate lagi….
Aku berdoa agar cepatlah
mereka sembuh.. agar kami dapat melalui kehidupan yang normal seperti biasa.
Hanya padaMu Tuhan kami
berserah…Amen.
Monday, November 18, 2013
ELNA DALAM DOA
Sahabat adalah teman atau kawan.
Sahabat adalah orang yang rapat.
Saat dan ketika bersama sentiasa dalam kenangan.
Sahabat ialah seseorang yang sentiasa diingat.
Elna
orangnya agak pendiam.
happy go lucky
tidak kedekut
lurus
jujur
amanah
helpful
genius
dia paling terror bab sejarah dunia
geografi dunia pun dia terror
Ku kenal Elna sejak ku di Darjah 1 di SK Sg. Pinang, Bau pada tahun 1987.
Mulanya tidaklah tidaklah terlalu rapat. Mula rapat apabila selalu singgah lepak di rumahnya lepas sekolah.
Rumah dia memang berdepan dengan sekolah. Paling bahagia lah dia sebab waktu 'recess' dia boleh balik ke rumah untuk minum atau makan.
Petang-petang habis sekolah, selalu lepak dengan memanjat pokok jambu batu di depan rumahnya.
Bila aku dah Darjah 3, Elna darjah 4. Bersama dengan beberapa orang kawan yang seangkatan : Suzi Jito, Josephine Arian, Mudy Aking..Elna dan aku, kami berlima..selalu lepak dengan mandi di Sg. Kombang (Piin Kombang).. terjun ke Sungai dan mandi sampai petang. Mandi sampai biji mata menjadi merah macam pontianak, baru kami pulang.
Itulah saat paling bahagia zaman kanak-kanak.
Kini, aku dan Elna rapat apabila kami sama-sama melayani di gereja. Mempersembahkan hidup untuk melakukan pelayanan Tuhan.
Ah....semuanya itu dalam kenangan. Kini kami dah berusia 30-an. Aku kini dah berkeluarga, dan memiliki 2 orang cahaya mata. Elna, Josephine dan Suzi masih menikmati kehidupan singlenya. Mudy pun dah berumahtangga. Masing-masing sudah berjaya dan memiliki karier masing-masing.
Mudy dan Josephine : Nurse. Suzi Jito : Guru. Elna : Engineer.
Aku? memproses air kencing, darah, dan macam-macam sample pesakit di makmal.
Setiap orang ada saat di bawah, dan ada saat di atas.
Ada masa susah, ada masa senang.
Ada masa sakit, ada masa sihat.
Ada masa gagal, ada masa berjaya.
Hari ini aku tahu dari sms Elna bahawa dia mengidap Rheumatoid Arthritis.
Ah..tak sangka. Aku akan berdoa semoga Elna akan sembuh.
Dia adalah antara sahabat terbaik yang aku kenal dan aku ada.
" Tuhan, Engkau adalah sumber segala kehidupan di bumi ini.
Segalanya datang daripadaMu.
Hidup kami dalam tangan-Mu.
Elna sangat baik orangnya. Seorang yang penyayang, pengasih, tidak kedekut, tidak pandai bercerita pasal orang, jauh lagi mengumpat dan mengutuk orang. Dia antara manusia terbaik yang pernah ku jumpa, yang pernah ku kenal.
Jika pun Engkau ingin mencuba dan menduga dia dengan cara Engkau, aku mohon, sebagai seorang sahabatnya...tolonglah Tuhan, janganlah Kau duga dan Cuba dia sehingga dia sakit yang dia tak mampu tanggung. Ibu dan bapanya sudah tiada. Dia juga belum berkeluarga. Tolong Tuhan, sembuhkan sakitnya. Janganlah beri bebanan yang terlalu berat kepadanya... kesian dia.. Dia baik. Janganlah kau duga dia kuat sangat. Kami amat sayang dia. Dan aku percaya Engkau pun amat menyayanginya...
Tolong Tuhan, aku berdoa pada saat ini. Sembuhkan penyakit dia. Kerana Engkaulah Doktor yang terbaik, pakar terhebat di dalam dunia ini. Tidak ada kuasa mahupun individu yang dapat mengalahkan kepakaran Engkau. Thank you JESUS. Tolong sembuhkan Elna. Dalam nama Yesus, Amen".

Wednesday, November 13, 2013
Tadika Area Bt 7 dan Samarahan
Dah hujung tahun ni, ku sibuk jak cari tadika nak hantar Kasih.
Tahun depan kami akan berpindah ke Kampus Samarahan tapi tak pasti bulan bila.
Tadi dah survey Tadika Sunny Hill.
Best jugak...tapi dah bincang dengan suami macam tidak praktikal sebab nanti kalau kami dah pindah ke kampus samarahan, terpaksa pindahkan Kasih. Kesian pulak lah Kasih berpindah randah.
Kreatif Kindergarten tempat dia sekarang, bukannya tak bagus. Di sana ok.
Lagipun guru-guru pun dah kenal, Meymei (ak buah) pun mengajar di sana. dan tidak jauh dari rumah.
Cuma, rasa nak cari tadika yang ada belajar berdoa.
Sekurang-kurangnya anak dah dilatih dari kecil sekurang-kurangnya diajar berdoa ketika makan.
Bukannya tidak diajar berdoa ketika di rumah, tetapi lebih baik kalau ia ada diamalkan di sekolah.
TApi, takpalah..
suami kata teruskan di sana dulu lah untuk setahun. Nanti Kasih dah 5 tahun, nak hantar dia ke Tadika Kerajaan.
Tahun ni sistem pendidikan Negara dah berubah arus. Banyak perubahan dibuat.
Lebih baik rasanya kalau Kasih dihantar ke Tadika kerajaan supaya dia terdedah dengan arus pendidikan negara. Tambahan pula, tadika kerajaan, tenaga pengajar adalah pengajar yang terlatih dari maktab perguruan.
So, tahun depan kena cari Tadika kerajaan di sekitar Kota Samarahan untuk hantar Kasih.
Susah jugak nak cari sekolah yang sesuai untuk anak.
1. Sunny Hill (Taska Sri Gemilang)
Taska : umur 1 tahun 5 bulan hingga 3 tahun sahaja.
Rate : RM300 full day, RM170 halfday
Tadika : 4, 5, 6 tahun sahaja.
Rate : RM170 half day (7.30am hingga 11.30am)
RM300 full day (7.30am hingga 5.30pm)
First enrolment : RM400, merangkumi yuran bulanan RM300 dan RM100 yuran pendaftaran.
Uniform, buku dan material : RM200. Bayar semasa sesi mengambil buku, uniform dan material.
Sini best sebab tadika kristian.
Dulu my cousin Myra pernah mengajar di sekolah ni. Dia kata sekolah ni, before start class mesti ada sesi prayer dulu.
Yang kristian, berdoa cara kristian, yang Islam berdoa cara Islam, dan agama-agama lain berdoa dengan cara mereka sendiri. Ni lah part yang paling saya berkenan.
Tapi, hubby kata susah nanti kalau aku dah pindah ke Kampus Samarahan, takkan nak ulang alik hantar anak sedangkan ia bukan dlm laluan ke tempat kerja.
Boleh memanglah boleh tapi kita kena fikirkan tentang masa, tenaga dan juga belanja minyak. Kalau beza dalam RM50, kena kira juga belanja minyak dan masa yang perlu digunakan.
2. Kreatif Kindergarten ( Taman Bahagia)
Taman Asuhan dan Tadika
Batu 7, Berdepan dengan Kolej Kesihatan Batu 7
Baby - tidak ambik.
3, 4,5, 6 tahun
Half Day (7.00am -1.00pm) : RM220.00 termasuk makan tengahari.
Half Day ( 7.00am - 11.30am) : RM150.00, tidak termasuk makan tengahari.
Full Day ( 7.00am sampai 5.30pm ) RM340.00
Ada buku teks, ada materials, ada uniform.
First payment : RM700-800, termasuk yuran sebulan.
Budak pre-nursery (umur 3 tahun), ada belajar jugak. Ada buku teks, ada exam assessment.
3. Mentari Pagi
Taman Harmoni, Jalan Datuk Mohd Musa ( Jalan Samarahan Lama)
3 minit sahaja dari Sekolah Tunas Bakti (Boy Home)
Baby : Ambik, RM400 sebulan ( 7.00am sampai 5.30pm)
2 tahun ke atas : RM300 ( full day).
Ada belajar jugak.
Yang lain2 belum survey lagi. Nak kena ambil masa juga untuk mensurvey tempat-tempat yang sesuai ni. Nak tengok keadaan sekolah, siapa para guru, pelajar macamana.. semua nak kena fikir dan timbang. Lokasi sekolah, yuran, program di sekolah... semua kena fikir betul-betul.
oh Tuhan, tolonglah permudahkan segalanya because you are the provider.
Amen.

Subscribe to:
Posts (Atom)