Friday, July 26, 2013

Kisah Oven dan Kedai Tay Hak Hak Satok

Pukul 11.45am pagi tadi. Sebelum bermulanya lunch hour, Kak Liza, Aty, Muni, dan Qama..kami bertolak ke Jalan Satok.
Plan tengahari ini nak pergi ke kedai elektrik. Aku sebenarnya tiba-tiba rasa nak beli oven yang besar sedikit.
Sebenarnya oven sudah ada tapi oven yang ada di rumah itu dah uzur. Oven tu dulu aku beli dari Kak Rita (Nurul Izzati) pada tahun 2005 rasanya dengan harga RM50. Masa tu Kak Rita nak berpindah ke KL mengikut suaminya jadi ada beberapa barang di rumahnya yang dia jual. So, terima kasih banyak-banyak kepada Kak Rita sebab menjual dengan harga yang begitu murah. Oven ini sudah banyak berjasa. Kiranya sudah 8 tahun usianya di rumah aku.

So, kami berempat pun menuju ke Jalan Satok. Aku drive almera hari ini. Setelah parking, dan menggores kupon parking 20sen, maka kami berempat pun masuk dari satu ke satu kedai. Di jalan opposite Miramar itu terdapat banyak kedai elektrik. Satu barisan. Puas betul tengok.
Dari situ aku dapat tahu jenis oven yang ada.
1. 25L
2. 30L
3. 35L
5. 50L
6. 60L

ada 3 jenis oven yang ada offer tadi. Jenama lain tak nampak.
1. Morgan
2. Faber
3. Elba
4. Pensonic
Harga pun lebih kurang.  Tetapi ada satu kedai tu 60L berharga RM420 (Morgan). Kedai itu yang jual paling murah. Kedai lain paling murah RM399.00.

Wow...sungguh hebat promotion musim raya ni. Kalau nak beli barang elektrik, sesuai juga dibeli semasa musim perayaan macam ni sebab waktu ni biasanya ada offer.


Setelah puas round di area itu. Ku tengok Aty, Qama dan Muni dah keletihan. Dah duduk di kerusi.
Faham ku keadaan dia orang, tengah puasa. Ditambah lagi Muni yang mengandung ( dalam 5 bulan). Mesti haus, penat... sungguh ku faham. Dah lah panas lagi cuaca hari ini.