Tuesday, July 14, 2015

Harta Kekayaan

Hari ini aku ingin bercerita mengenai harta kekayaan.
Tadi terbaca kisah realiti dan peribadi yang ditulis oleh Fotographer terkenal Saiful Nang.  Kalau menurut suami tercinta, Saiful Nang ini memang antara jurugambar yang di hormati kerana hasil kerja.  Kira macam idola dia lah Saiful Nang ini. Tapi aku biasa saja sebab tidak pandai sangat menilai hasil gambar, bagi aku, kalau moment dah cantik, gambar jelas, muka kulit tangan jelas dan cantik memang aku dah suka hasil gambar tu.


Akibat malas ku nak menaip membuat kesimpulan sendiri, aku paste saja apa yang ku baca hari ini di Facebook:
Pada tahun 2007, saya masih percaya pencapaian seseorang diukur pada keretanya. Lihat pose ini, tipikal kan? Usahawan kosmetik, usahawan MLM, Konsultan kewangan, motivator kekayaan semuanya akan buat pose di kereta (its ok duit mereka...cuma ada yg sanggu sepender koyak tapi kereta mesti mewah kerana nak impress orang dgn impression palsu sedangkan dia tidak betul-betul mampu lagi). Lagi menarik ada yang pose di kereta sewa pun. Bagi seorang jurugambar kahwin ketika itu, BMW ni dah habis angkuh lah kalau dapat miliki (tak sampai level Ferrari pun). Kemudian ramai orang inspire kerana mereka juga mahu kaya. Kereta ini dibeli dengan harga RM239,000 dari Auto Bavaria dalam keadaan brand new. Siap sanggup drive ke Ipoh utk retender nombor plate. Kemudian berlagak humble bila orang puji kereta kita lalu kita pun cakap "alaa...kereta beli murah-murah jer...".
Kehebatannya dari segi performance tidak jauh dari Honda Civic malah Toyota Camry lebih baik lagi. Harganya pula separuh dari harga BMW 320I SE ini. Tahun 2008 saya ke Australia dan saya ke sebuah shopping mall di Perth. Saya lihat owner shopping mall itu hanya menaiki sebuah truck buruk zaman penjajah dan di belakangnya ada trailer kecil. Kemudian saya belajar, mengapa kita terlampau bodoh menanggung hutang membeli kereta untuk mata dan hati orang lain yang kita tidak sukai dan bukan untuk keperluan diri (not all...but some of them). Berapa ramai yang berkereta untuk ditayang kepada ramai dan juga status sosial?
4 tahun kemudian saya jualnya dan saya tukarkannya dengan sebuah Mercedes terpakai yang harganya jauh lebih rendah dan bila orang tanya harganya saya jawab "alaa...kereta 2nd hand murah-murah jer". Orang pun cakap "alaaa...x percayalah kereta ni murah...orang berjaya macam SN takkan pakai murah-murah".
Lihatlah...orang kalau dah kenal apa yang kita buat, pakai bag Prada cap Bandung pun orang ingat beli di Harrods. Saya tahu ramai yang tukar kereta musim raya ni. Betulkan niat masing-masing ek. Biasa juga saya jumpa orang pakai Ferrari tapi bila bercakap dan berusaha sama dengan mereka baru kenal fikiran mereka hanya tahap kereta sorong yang tak boleh gerak sendiri selain orang yang tolak. Tidak semua begitu tapi ada yang begitu.
Saya bukan sempurna, saya juga pernah lalui dunia kejayaan diukur pada jenama kereta dan saya nasihati jangan terpesona dgn kereta besar orang dan jangan terpengaruh untuk berkereta besar bagi tujuan menampakkan anda sudah sukses bangat. Kalau memang dah mampu, pakailah asalkan tidak guna duit orang, duit hutang, duit bini, duit rasuah atau duit 1mdb. Untuk selamat, belanjakan apa yang mampu di SAKU bukan apa yang mampu kita HUTANG.
SN.

Aku setuju bangat dengan cerita si SN ini.
Terkenang ku kisah dulu, ketika aku dah kerja 5-6 tahun.
Aku pakai baju T-shirt warna putih. T-shirt tu kira dah lusuh lah sebab baju tu baju Persatuan Menembak masa aku form 1 dulu. Imagine masa tu umur aku dalam 25-26 tahun, 26 tahun - 13 tahun, kira dah 13 tahun umur baju tu. Lehernya dah tanggal benang, lengannya pun sama dan dah ada carik2 sikit kainnya. Tapi sangat selesa dan sedap dipakai yala aku tak buang. Pakai hingga buruk dan hancur.
Pada satu hari, aku pergi lah ke kedai di kampung.
Ramai para bapa-bapa sekampung yang duduk dalam kedai tu.
Bila aku masuk ke kedai, aku bayarlah barang yang aku beli. Tak ingat lagi dah apa yang aku beli masa tu.  Tiba2 aku ditegur oleh seorang bapa.
( Bapa ni sebenarnya anak sulung dia sambung belajar di Kolej Kerajaan. anak dia tu kira kawan baik aku lah. Bekas askar bapa dia ni. Aku jadi penjamin anak dia. So, masa jadi penjamin..biasalah memang akan beri salinan 3 bulan slip gaji. Aku rasa si bapa ni memang tengok slip gaji aku)...
Bapa tu tegur macam ni " Oduh....Liwan ni... teruk betul. Gaji ribu2, pakai baju koyak rabak..takkan tak mampu beli baju baru"..
Merah padam juga muka aku masa tu. Tapi biasalah aku ini selalu digelar muka tak tau malu. Di depan tu memanglah buat muka tak tahu malu, tapi dalam hati,,....berdarah aku rasa malu..aahahhahaa
Aku jawab " Jgnlah cakap mcm tu...sekadar diam di rumah, pergi kedai di kampung, takkan lah nak pakai baju bling bling"..
Dia pun jawab " Yalah...kalau ya pun baju dah lusuh, buruk koyak macam tu tak payah lah pakai..orang tengok malu. Dahlah orang bujang pakai mcm tu"..
Aku diam saja sambil senyum2 menuju ke kereta.
Balik rumah, aku buka baju tu terus pakai untuk lap kaki. Tak pakai lagi baju tu.
Tapi sampai sekarang, memang banyak lagi baju dan sluar lama yang aku masih pakai sebab selesa.
Tapi, kalau keluar rumah, dah ada anak suami ni...aku akan pakai smart...supaya tidak memalukan anak dan suami...ahahahahahahahaaa


Pesanan : Hidup biar sederhana. Kita tak dapat menyenangkan hati orang setiap masa. Hidup menurut kemampuan sendiri. Tak payah ikut gaya hidup orang. Poket kita, bank kita..hanya kita yang tau..so tak payahlah dipengaruhi sangat oleh orang lain.

Hidup dalam realiti

Wednesday, July 08, 2015

Melarutkan lemak dalam badan


11355597_948253141887722_366314386_n


Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
  • 8 ½ cawan air ditapis
  • 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
  • 1/2 timun, dihiris nipis
  • 1/2 lemon, dihiris nipis
  • 12 daun pudina
Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?
Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.
Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.
Timun:
timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.
Halia
Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.
Lemon
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.
Pudina
Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.
Air
Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.