Wednesday, June 19, 2013

QAE 4621



Hari ini, 19 Jun 2013.
Patrick Jibeng (salesman Nissan Edaran Tan Chong Motor) dah kata Almera 1.5 E A/T delivery esok atau lusa.
So, kalau ditunaikan janji, bermakna hari ini adalah hari terakhir kami bersama MYVI 1.5 QAE 4621.

Kesian pulak mengenang. Walaupun kereta itu di bawah nama rasmi milik papa (Suami terchenta), namun ku dah rasa macam kereta sendiri sebab dah banyak jasanya pada keluarga kami. Yalah, dah kawin maksudnya segala harta adalah milik bersama.

Semasa dalam perjalanan pulang ke office pada jam 1:50 petang, sekembali dari mengambil Kasih di sekolah, sempat ku mengambil pose-pose yang penting dalam kereta untuk kenangan. Gambar-gambar ini hanya dapat diambil dari dalam kereta sahaja semasa tengah berhenti di traffic light depan 100% Jalan Keretapi.

Sayu hati ku.

Liwan : Myvi QAE 4621. Terima kasih banyak-banyak sebab dah berjasa sangat banyak pada kami sekeluarga.
Kaulah rumah kedua kami.  Telah menemani kami ke sana sini sejak kami berdua belum menjadi suami isteri.
Destinasi paling jauh kita pergi ialah ke St. Thomas, Bintulu untuk menghadiri ADYC OneVoice pada bulan Ogos 2010.
Jasamu amat kami kenang.  BUkan kami tidak sayingkan kau lagi.  Kami saying sebab kau ni sangat baik. Tidak pernah membawa masalah walau sedikit sehalus bulu mata pun.
Kau sentiasa memahami. Di tika kami kesuntukan wang, tak pernah engkau meragam. Malah sentiasa berkhidmat hingga saat ini dengan baik sekali.  Kau tidak pernah merajuk.
Kami berdoa semoga next person yang akan memiliki kau akan diberkati oleh Tuhan. Pesanan kami - Kau akan berkhidmat dengan sebaik yang mungkin dan jangan sesekali ambil kesempatan di masa kesulitan tuanmu.
Kami sentiasa menyayangi kau, Cuma kami memerlukan kereta lain yang lebih luas terutama sekali bahagian boot nya. KErana kau tahu kami sekeluarga ini kan banyak kerja di jalan raya, ulang alik ke sana sini membawa banyak barang.
Semoga kau dan tuan kau akan sentiasa diberkati. Terima kasih banyak2.
Myvi QAE 4621 : Tidak apa tuan ku.  Aku bersyukur selama ini kerana memiliki tuan yang amat baik.  Aku dibelai, dijaga dan dipelihara dengan sempurna. Makan minum tidak pernah kurang. Semuanya serba lengkap tak pernah kekurangan.  Terima kasih banyak sebab telah menjaga fizikal ku, hati dan organ-organku dengan baik selama 8 tahun ini.
Tidak pernah aku sakit. Tidak pernah aku rasa tidak sihat. Sebab ketika aku mula nak flu, tuan ku sudah menghantarku ke klinik. Kalau badanku ada debu sikit, gerenti tuan ku akan cepat-cepat membersihkan badanku, mewangikan badanku, dan mengilatkan kasut ku.
Terima kasih banyak-banyak.
Aku juga berdoa semoga kereta yang seterusnya akan memberi khidmat yang terbaik kepada tuan sekeluarga. Semoga tuan sekeluarga sentiasa diberkati dan kereta itu akan membantu memberi kebahagiaan kepada tuan sekeluarga.
Selamat tinggal. Terima kasih…


Sob..sob..sob…

Turun kerja pagi ini, sempat ku ambil beberapa pose kenangan Myvi QAE 4621 untuk kenangan terindah..
                               
 Mileage terjauh bersama ialah 256576.


                                  
                                          
Sempat ku mengambil gambar di cermin mu yang sentiasa membantu dalam perjalanan tiap hari..


Bye….terima kasih…
Berkatilah sesiapa sahaja yang memiliki QAE4621 selepas ini.