Hari ini, 19 Jun
2013.
Patrick Jibeng (salesman Nissan
Edaran Tan Chong Motor) dah kata Almera 1.5 E A/T delivery esok atau lusa.
So, kalau ditunaikan janji,
bermakna hari ini adalah hari terakhir kami bersama MYVI 1.5 QAE 4621.
Kesian pulak mengenang. Walaupun
kereta itu di bawah nama rasmi milik papa (Suami terchenta), namun ku dah rasa
macam kereta sendiri sebab dah banyak jasanya pada keluarga kami. Yalah, dah
kawin maksudnya segala harta adalah milik bersama.
Semasa dalam perjalanan pulang ke
office pada jam 1:50 petang, sekembali dari mengambil Kasih di sekolah, sempat
ku mengambil pose-pose yang penting dalam kereta untuk kenangan. Gambar-gambar
ini hanya dapat diambil dari dalam kereta sahaja semasa tengah berhenti di
traffic light depan 100% Jalan Keretapi.
Sayu hati ku.
Liwan :
Myvi QAE 4621. Terima kasih banyak-banyak sebab dah berjasa sangat banyak pada
kami sekeluarga.
Kaulah
rumah kedua kami. Telah menemani kami ke
sana sini sejak kami berdua belum menjadi suami isteri.
Destinasi
paling jauh kita pergi ialah ke St. Thomas, Bintulu untuk menghadiri ADYC
OneVoice pada bulan Ogos 2010.
Jasamu
amat kami kenang. BUkan kami tidak sayingkan
kau lagi. Kami saying sebab kau ni sangat
baik. Tidak pernah membawa masalah walau sedikit sehalus bulu mata pun.
Kau sentiasa
memahami. Di tika kami kesuntukan wang, tak pernah engkau meragam. Malah
sentiasa berkhidmat hingga saat ini dengan baik sekali. Kau tidak pernah merajuk.
Kami berdoa
semoga next person yang akan memiliki kau akan diberkati oleh Tuhan. Pesanan
kami - Kau akan berkhidmat dengan sebaik yang mungkin dan jangan sesekali ambil
kesempatan di masa kesulitan tuanmu.
Kami sentiasa
menyayangi kau, Cuma kami memerlukan kereta lain yang lebih luas terutama
sekali bahagian boot nya. KErana kau tahu kami sekeluarga ini kan banyak kerja
di jalan raya, ulang alik ke sana sini membawa banyak barang.
Semoga
kau dan tuan kau akan sentiasa diberkati. Terima kasih banyak2.
Myvi QAE 4621 : Tidak apa tuan ku. Aku bersyukur selama ini kerana memiliki tuan
yang amat baik. Aku dibelai, dijaga dan
dipelihara dengan sempurna. Makan minum tidak pernah kurang. Semuanya serba
lengkap tak pernah kekurangan. Terima
kasih banyak sebab telah menjaga fizikal ku, hati dan organ-organku dengan baik
selama 8 tahun ini.
Tidak pernah aku sakit. Tidak
pernah aku rasa tidak sihat. Sebab ketika aku mula nak flu, tuan ku sudah
menghantarku ke klinik. Kalau badanku ada debu sikit, gerenti tuan ku akan
cepat-cepat membersihkan badanku, mewangikan badanku, dan mengilatkan kasut ku.
Terima kasih banyak-banyak.
Aku juga berdoa semoga kereta yang
seterusnya akan memberi khidmat yang terbaik kepada tuan sekeluarga. Semoga
tuan sekeluarga sentiasa diberkati dan kereta itu akan membantu memberi
kebahagiaan kepada tuan sekeluarga.
Selamat tinggal. Terima kasih…
Sob..sob..sob…
Turun kerja pagi ini, sempat ku ambil beberapa pose kenangan Myvi QAE
4621 untuk kenangan terindah..
Mileage terjauh bersama ialah 256576.
Sempat ku mengambil gambar di cermin mu yang sentiasa membantu dalam perjalanan tiap hari..
Bye….terima kasih…
Berkatilah sesiapa sahaja yang memiliki QAE4621 selepas ini.
Berkatilah sesiapa sahaja yang memiliki QAE4621 selepas ini.
No comments:
Post a Comment