Thursday, July 24, 2014

Semasa menulis ini, sudah banyak perkara yang telah berlaku. Bermacam-macam.
Dari kisah Abang Bladae menghidap viral infection pada 14 Januari 2014 hingga lah ke kisah suami tersayang disahkan menghidap chronic kidney disease stage 4 pada penghujung bulan Februari 2014. Banyak kisah duka, tapi tidak kurang juga kisah suka.

Esok, 26hb Julai adalah kali ke-3 suami akan ambil darah dan air kencing untuk pemeriksaan.
Minggu depan, 1 Ogos 2014, suami akan hadir appointment kali yang ke-3 di Klinik Pakar Hospital Umum Sarawak.
Kalau nak cerita satu persatu boleh tulis beberapa buah novel..
Hati ini mau menulis cuma kadang2 tangan tak tertaip apabila terlalu banyak sangat nak dicerita.

Tuhan, Engkau adalah yang terhebat.
Engkau yang pertama dan terakhir.
Lakukan dan tunjukkanlah mukjizat terhadap keputusan darah dan air kencing suami ku yang disayangi agar semuanya normal esok.
Tolong beri dia buah pinggang yang baru. Dalam nama Yesus. Amen

Tuesday, January 07, 2014

2014 - Azam Tahun Baru

Selamat Tahun Baru (Slamat Sowak Bauh, Happy New Year)

Wow.. semakin hari, semakin laju masa berjalan. Hari ini sudah 7 Januari 2014. Sudah 7 hari kita berada di tahun baru.
Tahun lepas kita kata "lambatnya..." tapi bila tahun baru dah tiba, kita cakap "Aduh..cepatnya masa berlalu".

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun.  Usia kita pun  berganti juga, 1 angka akan bertambah di hadapan. Tahun ini aku berumur 34 tahun. Wah!! tak pernah terfikir, tak pernah sangka aku akan hidup sejauh ini. Oh, PUJI TUHAN. Terima kasih banyak-banyak Tuhan sebab memberi aku peluang untuk menghirup udara tahun 2014 ini.  This is a blessing. Ini bukan sekadar pertambahan usia, ini juga bermaksud pertambahan berkat dalam hidup. Puji Tuhan.

Aku tak rasa aku tua. Aku rasa tidak ubah seperti dalam usia 20-an. Tidak ada yang banyak berubah rasanya. Wajah pun tidak juga rasa berubah. Cuma badan ada berisi sedikit kerana sudah mengandungkan 2 orang anak, di saat mengandung memang berat ku naik. Paling tinggi sehingga 72kg masa ku pregnant Kasih dahulu.

Usia 20-an merupakan usia yang aku rasa puas,  sungguh puas aku hidup.
Memulakan kerjaya pada usia 21 tahun, mendirikan rumahtangga pada usia 29 tahun, dan melahirkan anak pertama pada usia 30 tahun.  29 tahun aku hidup membujang atau single. Aku sudah puas. Banyak kenangan pahit manis, masam, masin aku dah lalui. Fasa jatuh cinta, fasa bercinta, fasa putus cinta...syukur, semuanya aku dah lalui.
Semua kenangan itu tidak membuatkan aku jatuh, malah aku menjadikan setiap kenangan itu sebagai pengajaran, untuk menjadi lebih baik.
Setakat ke hari ini, tidak ada apa yang aku menyesal.

Ketika aku mula bekerja pada usia 21 tahun, aku dah puas memberi makan ibu dan bapa dengan duit titik peluh sendiri. Sudah puas memberi mereka belanja tiap bulan. Sudah puas menjaga sakit pening, ulang alik ke klinik dan hospital. Sudah tercapai membeli apa yang mereka suka makan. Sudah meluangkan masa bersama, berjalan ke sana-sini. Tidak ada apa yang aku kesalkan. Aku sudah puas dengan hidupku.
Setiap bulan apabila aku terima duit gaji, aku akan bawa mereka jalan. Walaupun hanya berjalan pergi shopping barang dapur, ataupun berjalan dengan hanya makan mi kolok, itupun sudah cukup.  Aku sudah puas, dan aku tidak kesal hidup sebagai anak perempuan tunggal (anak bongsu).
Aku bahagia dan amat gembira sekali kerana berpeluang menjaga ibu dan bapa di kala senang, sihat, mahupun sakit. AKu tidak akan berhenti, aku tidak akan bosan, malah aku tidak pernah rasa terbeban menjaga ibu dan bapa ku.... Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan ibu dan bapa yang sangat memahami segala sisi kehidupan. Terima Kasih banyak-banyak Tuhan... aku sungguh bersyukur di atas segala berkat yang telah Engkau berikan padaku selama ini. Thank you..

2014 - apa azam tahun ini.
Ini merupakan tahun terakhir aku melanjutkan Pengajian secara PJJ.
Oh Tuhan, tolong lah. Tahun ini merupakan tahun ke-6 aku di USM. Cukup lah sudah tahun ini aku nak grade. Berilah aku kekuatan, kerajinan, dan kebijaksanaan yang berlipat ganda tahun ini untuk ku menghabiskan pengajian.
Semasa baru melanjutkan pengajian dahulu, pada masa tu aku berumur 27 tahun (2007), aku bercadang akan habis dalam 4 tahun. Namun, kita merancang tetapi semua nya Tuhan yang menentukannya. Sepatutnya usia 31 tahun aku dah grade, kini aku dah 34 baru nak di tahun akhir.
Tahun ini satu saja azam aku, aku mahu grade.
Azam-azam lain biarlah dahulu.

Tahun ini aku telah berkorban banyak perkara dalam hidup kerana aku nak fokus kepada keluarga dan pelajaran. Aku dah tinggalkan pelayanan. Satu kerja yang amat aku minati, it is my passion to do ministry.  Aku sungguh happy melakukannya...tetapi biarlah dahulu.  Aku nak tumpu kepada pelajaran dan keluarga dahulu. Nanti kalau anak dah pandai berdikari, aku akan kembali. Oh Tuhan, berilah aku peluang untuk datang dan melakukan pekerjaan yang aku sukai.

Terima kasih banyak-banyak...



Friday, January 03, 2014

Cerita Krismas 2013

Salam Damai.
Entah sudah berapa lama tak menulis.
Bukan tak mau menulis, nak,  tapi masa amat lah mencemburui hidup kita ini.
Lagi 2 minggu lebih aku akan bertolak ke USM Penang. Kali ini, Oh Tuhan berilah aku energy, kekuatan, ketabahan dan semangat yang membara-bara untuk melakukan yang terbaik. Kalau boleh Tuhan, inilah kali terakhir aku ke Penang untuk Kursus Intensif.

Terlalu banyak yang telah dilalui. Christmas sudah berlalu, dan kini sudah menjelang Tahun Baru 2014. Tup tup tup tak sedar. Very wet year-end. Bermula dari 23 Disember hingga lah ke 31 Disember, hujan tidak berhenti-henti turun. Salji berkat yang Tuhan turunkan di musim Krismas tahun ini memang sungguh luar biasa. Terkenang kisah beberapa puluh tahun dahulu masa aku lagi kecik ketika di sekolah rendah...hampir setiap hari Krismas hujan akan turun. Itulah saat  yang paling berharga. Di pagi Krismas, turun ke gereja dan berdoa, berjumpa dengan rakan-rakan rapat dan saudara mara yang kian lama tidak bersua,...sungguh istimewa saat itu.

Tahun ini , aku gagah diri untuk membuat kek lapis. Sudah  7 tahun aku tidak meraikan Krismas dengan sepenuh hati. Aku mula sambung study pada Tahun 2007, dan setiap hujung bulan November hingga pertengahan Disember aku akan ke USM di Penang. Apabila pulang ke rumah, tinggal seminggu untuk Krismas. Dalam tempoh seminggu itupun akan sibuk menyiapkan Amali Report dan Asignment yang akan due pada hujung bulan Disember. So, memang tidak sempat langsung untuk menyediakan kek dan biskut dengan tangan sendiri.  Bukan tak nak beli, tapi lebih puas kiranya dapat makan hasil titik peluh sendiri.

Tahun 2013, aku buat 4 jenis kek Kukus;
1. Kek Pilih Kasih
2. Kek Lumut
3. Kek Olive Nala
4. Kek Lapis Olive Kasih

Kek Olive Nala dan Kek Lapis Olive Kasih ni adalah resipi ciptaan aku sendiri.  Kebanyakan kek kukus tidak menggunakan santan paket, fresh milk dalam kotak, dan juga peanut butter. Aku gunakan bahan ini sebagai bahan istimewa kerana ini melambangkan kedua-dua anak kesayangan aku. Memang sangat sedap. Lembap, basah dan tidak begitu manis sebab aku kurang kan gula.
Aduh, terlalu banyak cerita di bulan Disember tetapi tidak sempat nak menulis.

Aku harap pada Krismas tahun depan, kami akan sempat membuat Open House di Taman Suria. Tahun ni sudah genap 4 tahun kami menetap di sana dan tak pernah menyambut sebarang perayaan di rumah sendiri.  Semoga pada Krismas tahun ini kami akan sempat membuat open house dan berpeluang menjemput jiran datang ke rumah.. Belanja jiran makan terutamanya jiran yang sangat baik seperti Auntie & Uncle Fong, dan cikgu jangan kacau saya.