Selamat Tahun Baru (Slamat Sowak Bauh, Happy New Year)
Wow.. semakin hari, semakin laju masa berjalan. Hari ini sudah 7 Januari 2014. Sudah 7 hari kita berada di tahun baru.
Tahun lepas kita kata "lambatnya..." tapi bila tahun baru dah tiba, kita cakap "Aduh..cepatnya masa berlalu".
Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Usia kita pun berganti juga, 1 angka akan bertambah di hadapan. Tahun ini aku berumur 34 tahun. Wah!! tak pernah terfikir, tak pernah sangka aku akan hidup sejauh ini. Oh, PUJI TUHAN. Terima kasih banyak-banyak Tuhan sebab memberi aku peluang untuk menghirup udara tahun 2014 ini. This is a blessing. Ini bukan sekadar pertambahan usia, ini juga bermaksud pertambahan berkat dalam hidup. Puji Tuhan.
Aku tak rasa aku tua. Aku rasa tidak ubah seperti dalam usia 20-an. Tidak ada yang banyak berubah rasanya. Wajah pun tidak juga rasa berubah. Cuma badan ada berisi sedikit kerana sudah mengandungkan 2 orang anak, di saat mengandung memang berat ku naik. Paling tinggi sehingga 72kg masa ku pregnant Kasih dahulu.
Usia 20-an merupakan usia yang aku rasa puas, sungguh puas aku hidup.
Memulakan kerjaya pada usia 21 tahun, mendirikan rumahtangga pada usia 29 tahun, dan melahirkan anak pertama pada usia 30 tahun. 29 tahun aku hidup membujang atau single. Aku sudah puas. Banyak kenangan pahit manis, masam, masin aku dah lalui. Fasa jatuh cinta, fasa bercinta, fasa putus cinta...syukur, semuanya aku dah lalui.
Semua kenangan itu tidak membuatkan aku jatuh, malah aku menjadikan setiap kenangan itu sebagai pengajaran, untuk menjadi lebih baik.
Setakat ke hari ini, tidak ada apa yang aku menyesal.
Ketika aku mula bekerja pada usia 21 tahun, aku dah puas memberi makan ibu dan bapa dengan duit titik peluh sendiri. Sudah puas memberi mereka belanja tiap bulan. Sudah puas menjaga sakit pening, ulang alik ke klinik dan hospital. Sudah tercapai membeli apa yang mereka suka makan. Sudah meluangkan masa bersama, berjalan ke sana-sini. Tidak ada apa yang aku kesalkan. Aku sudah puas dengan hidupku.
Setiap bulan apabila aku terima duit gaji, aku akan bawa mereka jalan. Walaupun hanya berjalan pergi shopping barang dapur, ataupun berjalan dengan hanya makan mi kolok, itupun sudah cukup. Aku sudah puas, dan aku tidak kesal hidup sebagai anak perempuan tunggal (anak bongsu).
Aku bahagia dan amat gembira sekali kerana berpeluang menjaga ibu dan bapa di kala senang, sihat, mahupun sakit. AKu tidak akan berhenti, aku tidak akan bosan, malah aku tidak pernah rasa terbeban menjaga ibu dan bapa ku.... Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan ibu dan bapa yang sangat memahami segala sisi kehidupan. Terima Kasih banyak-banyak Tuhan... aku sungguh bersyukur di atas segala berkat yang telah Engkau berikan padaku selama ini. Thank you..
2014 - apa azam tahun ini.
Ini merupakan tahun terakhir aku melanjutkan Pengajian secara PJJ.
Oh Tuhan, tolong lah. Tahun ini merupakan tahun ke-6 aku di USM. Cukup lah sudah tahun ini aku nak grade. Berilah aku kekuatan, kerajinan, dan kebijaksanaan yang berlipat ganda tahun ini untuk ku menghabiskan pengajian.
Semasa baru melanjutkan pengajian dahulu, pada masa tu aku berumur 27 tahun (2007), aku bercadang akan habis dalam 4 tahun. Namun, kita merancang tetapi semua nya Tuhan yang menentukannya. Sepatutnya usia 31 tahun aku dah grade, kini aku dah 34 baru nak di tahun akhir.
Tahun ini satu saja azam aku, aku mahu grade.
Azam-azam lain biarlah dahulu.
Tahun ini aku telah berkorban banyak perkara dalam hidup kerana aku nak fokus kepada keluarga dan pelajaran. Aku dah tinggalkan pelayanan. Satu kerja yang amat aku minati, it is my passion to do ministry. Aku sungguh happy melakukannya...tetapi biarlah dahulu. Aku nak tumpu kepada pelajaran dan keluarga dahulu. Nanti kalau anak dah pandai berdikari, aku akan kembali. Oh Tuhan, berilah aku peluang untuk datang dan melakukan pekerjaan yang aku sukai.
Terima kasih banyak-banyak...
Casino queen of luck slot - casinoland.jp
ReplyDeletePlay Casino Queen of Luck Online Slots for Fun クイーンカジノ or Real Money ✓No Download ✓Mobile Version ✓NO Download ✓NO Registration ✓NO Deposit leovegas Bonus 1xbet ✓Top Casinos