Thursday, February 05, 2015

Sejarah Hitam 2015

Tahun ini genap 6 tahun usia perkahwinan.
Pada 03.02.2015 aku dengan tidak sengaja menyebabkan kereta almera dilanggar di belakang.
Siapa yang minta melanggar dan dilanggar??
Adakah orang sengaja memberi peluang dan menyuruh orang melanggar kereta kita??
Sejak petang hari 03.02.2015, husband mula tidak bercakap. Hanya memberikan senyuman sinis apabila melihat keadaan kereta. Tidak lah seteruk mana. Cuma bumper yang pecah.
Jiman kata boleh repair.

Hingga ke kelmarin, sudah 2 hari husband tidak bercakap.  Aku dah minta maaf pada hari kejadian.
Maaf sudah diminta, kalau dia masih berkeras tak mau memaafkan apa juga yang aku boleh buat.
Memandangkan dia berdiam, aku pun juga berdiam.  Berdiam kadang-kadang lebih baik daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati.

Husband memang selalu begitu.
Dalam hal-hal tertentu dia suka mendiamkan diri berbanding berbincang.
Kadang-kadang aku tengok dia lebih banyak berbual dan meluangkan masa di telefon mll whattsapp dengan kawan-kawannya.
Aku lebih suka jika takda whattsapp.  Aku benci kehadiran whattsapp sebab boleh menyebabkan kurang komunikasi.

oklah..nak buat kerja dulu. Aku putus idea nak menulis bila berfikir pasal whattsapp twitter instagram ni.



Wednesday, February 04, 2015

Almera dilanggar dari belakang

03.02.2015 pada jam 5.35 petang mencatatkan sejarah hitam dalam hidup pada hari ini.  Peristiwa yang membuatkan aku hilang mood petang kelmarin apabila almera dilanggar lari dari belakang oleh sebuah motorsikal.

Aku hairan, bagaimana perasaan manusia yang buat salah tapi tidak mahu mengaku dan tanpa rasa bersalah terus melarikan diri.
Apakah ada hukuman untuk orang yang bertindak sedemikian.  Adakah memang takdir yang menentukan aku memang bernasib malang semalam ataupun bagaimana???

Aduh. Terbanglah duit aku bulan ini....
Tapi bila ku kenang balik, kalaulah aku berjaya menahan motorsikal itu semalam, mampu kah dia bayar ganti rugi sedangkan motorsikal yang dipakainya pun nampak buruk..
Sampai hati kah aku untuk memohon ganti rugi darinya sedangkan kalau gajinya pun cukup2 untuk dirinya dan anak-anak dan keluarganya...Todah...
takpalah..

Amanat Naib Chanselor UNIMAS

8.00-11.00 pagi tadi menghadiri Majlis Amanat Naib Chanselor UNIMAS di DETAR PUTRA.
Banyak juga kejayaan yang telah ditempa oleh UNIMAS pada tahun lepas. Rasa sangat berbangga menjadi salah seorang daripada warga UNIMAS.

Aku memang sangat seronok dan gembira di sepanjang aku bertugas di UNIMAS. Aku mula menjadi warga UNIMAS pada 1.7.1998 apabila aku diterima masuk menjadi pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan di Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuching di bawah Kementerian Kesihatan sebagai salah seorang pelajar tajaan UNIMAS.  Menerima elaun sebanyak RM525.00 sebulan memang satu kebanggaan pada masa itu dibandingkan dengan pelajar tajaan KKM yang hanya menerima elaun RM345.00 sebulan.  Aku amat bersyukur kerana menjadi salah seorang individu pilihan UNIMAS untuk melanjutkan diploma dengan tajaan penuh. Bermula saat itu aku menanam azam untuk melakukan yang terbaik kerana peluang keemasan yang diberi bukannya dapat dinikmati oleh semua orang.

Hari ini, tepat 14 tahun 6 bulan 4 hari aku menjadi warga UNIMAS sejak melaporkan diri sebagai staf tetap pada 1 Julai 2001.  Kalau dikira sejak aku study, kini sudah 17 tahun aku menjadi warga UNIMAS.  Dan aku masih bekerja dengan penuh semangat seperti pada hari pertama aku melaporkan diri dan aku masih berazam dari tahun ke tahun untuk terus bersemangat sehingga hari pencen ku kelak.. Oh Tuhan dengarlah doa ku ini. Amen.


Tonjolkan bakat, pertingkatkan usaha...ini salah satu daripada amanat NC Datuk Kadim pagi tadi.
Ya, selama ini aku mengaku, aku bekerja bersungguh-sungguh selaras dengan kehendak fakulti dan seterusnya merealisasikan misi UNIMAS.  Tapi secara individu, aku belum lagi mengorak langkah melakukan sesuatu yang "Out-standing"..bermaksud menjadi salah seorang warga UNIMAS yang dikenali. AKu hanya warga yang biasa sahaja.

Tahun 2015 ini aku akan berusia 35 tahun pada 18.02.2015 kelak. Lagi 3 minggu.
Wah...Tuhan..sungguh ku bersyukur, akhirnya dapat aku mengecapi usia 35 tahun, dengan kehadiran 2 orang cahaya mata indah yang Tuhan anugerahkan dalam kehidupan aku. Lengkap rasanya hidup ini.

Tahun ini dengan usia 35 tahun, aku ingin menjadi lebih cool, relax, tenang..dan lebih matang lagi.
Tolong Tuhan bantu aku dan pimpin aku pada setiap hari untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari. Amen.

Tuesday, February 03, 2015

Apply SPA

Shallom,
hari ini akhirnya ku ambil keputusan untuk apply jugak jawatan di SPA untuk kemajuan kerjaya. Aku apply jawatan yang tidak memerlukan aku untuk kerja shift dan yang melibatkan kerja di luar banyak sangat.  Oh Tuhan, aku berserah.. Tidak juga berharap sangat dengan jawatan yang bakal ditawarkan kelak. Kalau Tuhan berkenan, biarlah yang terbaik yang aku dapat.

Maklumlah, dalam keadaan sekarang, aku rasa aku perlu dekat dengan keluarga. Papa perlu dialysis setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Keadaannya pun tidak sekuat dan seaktif dulu. Jadi, aku kena ambil tanggungjawab ke atas keluarga sebagai pembantu si suami tersayang. Kerja yang ada sekarang pun tidak kurang baiknya. Namun, apabila degree sudah berada di tangan, tidak ada orang yang mahu melepaskannya begitu saja tanpa menggunakannya.

Aku study sejak 2007. 2014 baru graduate. Bayangkan, 7 tahun aku study termasuk 1 tahun aku tangguh kerana meluangkan masa berharga untuk mengandungkan dan melahirkan Kasih. Selama 6 tahun aku berhempas pulas belajar, selama 6 tahun itu dapat juga aku berkahwin dan mendapat 2 orang cahaya mata terindah dalam hidup.  Oh Tuhan, aku bersyukur atas semua anugerahMu yang berharga. Engkau sangat baik.  Baru berkahwin, kami terus dapat anak perempuan sulung Kasih dan 2 tahun kemudian Engkau berikan kami Olive...tepat pada masa seperti yang kami rancang. Tidak pernah kami ingin berpaling dari Engkau Tuhan.

Namun, 2014 Engkau menguji kami.  Suami tersayang didiagnose menghidap kidney failure pada kedua buah pinggang. Kami rasa seperti amat sakit.. tapi bagi pihak aku sebagai isteri, ku anggap itu semua dugaan. Ada susah, ada senang. Aku pasrah, redha dan terima semuanya dengan kesyukuran. Kesakitan suami menyatukan kami untuk menjadi lebih kuat teguh dan utuh dalam iman. Membuatkan kami tidak lupa untuk terus dekat denganNya.  Tidak apa TUhan, kalau dialysis cara yang Engkau berikan pada suami untuk dia meneruskan hidup, biarlah kami mengharungi dengan tenang. Dan ajar kami untuk terus kuat dan tabah menghadapi setiap dugaan mendatang. Namun Tuhan, kami tetap ingin sentiasa berdoa....biarlah kehendakMu yang jadi di bumi seperti di syurga, namun..kami tahun Engkau Tuhan yang baik...kami mohon jauhkan lah kami daripada perkara yang jahat.. Janganlah beri kami dugaan yang lebih besar lagi.. cukuplah Tuhan, kasihanilah kami.

Kami ingin belajar untuk terus setia dan terus setia dan terus setia...

Thank you Jesus.