Tahun ini genap 6 tahun usia perkahwinan.
Pada 03.02.2015 aku dengan tidak sengaja menyebabkan kereta almera dilanggar di belakang.
Siapa yang minta melanggar dan dilanggar??
Adakah orang sengaja memberi peluang dan menyuruh orang melanggar kereta kita??
Sejak petang hari 03.02.2015, husband mula tidak bercakap. Hanya memberikan senyuman sinis apabila melihat keadaan kereta. Tidak lah seteruk mana. Cuma bumper yang pecah.
Jiman kata boleh repair.
Hingga ke kelmarin, sudah 2 hari husband tidak bercakap. Aku dah minta maaf pada hari kejadian.
Maaf sudah diminta, kalau dia masih berkeras tak mau memaafkan apa juga yang aku boleh buat.
Memandangkan dia berdiam, aku pun juga berdiam. Berdiam kadang-kadang lebih baik daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati.
Husband memang selalu begitu.
Dalam hal-hal tertentu dia suka mendiamkan diri berbanding berbincang.
Kadang-kadang aku tengok dia lebih banyak berbual dan meluangkan masa di telefon mll whattsapp dengan kawan-kawannya.
Aku lebih suka jika takda whattsapp. Aku benci kehadiran whattsapp sebab boleh menyebabkan kurang komunikasi.
oklah..nak buat kerja dulu. Aku putus idea nak menulis bila berfikir pasal whattsapp twitter instagram ni.
No comments:
Post a Comment