8.00-11.00 pagi tadi menghadiri Majlis Amanat Naib Chanselor UNIMAS di DETAR PUTRA.
Banyak juga kejayaan yang telah ditempa oleh UNIMAS pada tahun lepas. Rasa sangat berbangga menjadi salah seorang daripada warga UNIMAS.
Aku memang sangat seronok dan gembira di sepanjang aku bertugas di UNIMAS. Aku mula menjadi warga UNIMAS pada 1.7.1998 apabila aku diterima masuk menjadi pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan di Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuching di bawah Kementerian Kesihatan sebagai salah seorang pelajar tajaan UNIMAS. Menerima elaun sebanyak RM525.00 sebulan memang satu kebanggaan pada masa itu dibandingkan dengan pelajar tajaan KKM yang hanya menerima elaun RM345.00 sebulan. Aku amat bersyukur kerana menjadi salah seorang individu pilihan UNIMAS untuk melanjutkan diploma dengan tajaan penuh. Bermula saat itu aku menanam azam untuk melakukan yang terbaik kerana peluang keemasan yang diberi bukannya dapat dinikmati oleh semua orang.
Hari ini, tepat 14 tahun 6 bulan 4 hari aku menjadi warga UNIMAS sejak melaporkan diri sebagai staf tetap pada 1 Julai 2001. Kalau dikira sejak aku study, kini sudah 17 tahun aku menjadi warga UNIMAS. Dan aku masih bekerja dengan penuh semangat seperti pada hari pertama aku melaporkan diri dan aku masih berazam dari tahun ke tahun untuk terus bersemangat sehingga hari pencen ku kelak.. Oh Tuhan dengarlah doa ku ini. Amen.
Tonjolkan bakat, pertingkatkan usaha...ini salah satu daripada amanat NC Datuk Kadim pagi tadi.
Ya, selama ini aku mengaku, aku bekerja bersungguh-sungguh selaras dengan kehendak fakulti dan seterusnya merealisasikan misi UNIMAS. Tapi secara individu, aku belum lagi mengorak langkah melakukan sesuatu yang "Out-standing"..bermaksud menjadi salah seorang warga UNIMAS yang dikenali. AKu hanya warga yang biasa sahaja.
Tahun 2015 ini aku akan berusia 35 tahun pada 18.02.2015 kelak. Lagi 3 minggu.
Wah...Tuhan..sungguh ku bersyukur, akhirnya dapat aku mengecapi usia 35 tahun, dengan kehadiran 2 orang cahaya mata indah yang Tuhan anugerahkan dalam kehidupan aku. Lengkap rasanya hidup ini.
Tahun ini dengan usia 35 tahun, aku ingin menjadi lebih cool, relax, tenang..dan lebih matang lagi.
Tolong Tuhan bantu aku dan pimpin aku pada setiap hari untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari. Amen.
No comments:
Post a Comment