Shallom,
hari ini akhirnya ku ambil keputusan untuk apply jugak jawatan di SPA untuk kemajuan kerjaya. Aku apply jawatan yang tidak memerlukan aku untuk kerja shift dan yang melibatkan kerja di luar banyak sangat. Oh Tuhan, aku berserah.. Tidak juga berharap sangat dengan jawatan yang bakal ditawarkan kelak. Kalau Tuhan berkenan, biarlah yang terbaik yang aku dapat.
Maklumlah, dalam keadaan sekarang, aku rasa aku perlu dekat dengan keluarga. Papa perlu dialysis setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Keadaannya pun tidak sekuat dan seaktif dulu. Jadi, aku kena ambil tanggungjawab ke atas keluarga sebagai pembantu si suami tersayang. Kerja yang ada sekarang pun tidak kurang baiknya. Namun, apabila degree sudah berada di tangan, tidak ada orang yang mahu melepaskannya begitu saja tanpa menggunakannya.
Aku study sejak 2007. 2014 baru graduate. Bayangkan, 7 tahun aku study termasuk 1 tahun aku tangguh kerana meluangkan masa berharga untuk mengandungkan dan melahirkan Kasih. Selama 6 tahun aku berhempas pulas belajar, selama 6 tahun itu dapat juga aku berkahwin dan mendapat 2 orang cahaya mata terindah dalam hidup. Oh Tuhan, aku bersyukur atas semua anugerahMu yang berharga. Engkau sangat baik. Baru berkahwin, kami terus dapat anak perempuan sulung Kasih dan 2 tahun kemudian Engkau berikan kami Olive...tepat pada masa seperti yang kami rancang. Tidak pernah kami ingin berpaling dari Engkau Tuhan.
Namun, 2014 Engkau menguji kami. Suami tersayang didiagnose menghidap kidney failure pada kedua buah pinggang. Kami rasa seperti amat sakit.. tapi bagi pihak aku sebagai isteri, ku anggap itu semua dugaan. Ada susah, ada senang. Aku pasrah, redha dan terima semuanya dengan kesyukuran. Kesakitan suami menyatukan kami untuk menjadi lebih kuat teguh dan utuh dalam iman. Membuatkan kami tidak lupa untuk terus dekat denganNya. Tidak apa TUhan, kalau dialysis cara yang Engkau berikan pada suami untuk dia meneruskan hidup, biarlah kami mengharungi dengan tenang. Dan ajar kami untuk terus kuat dan tabah menghadapi setiap dugaan mendatang. Namun Tuhan, kami tetap ingin sentiasa berdoa....biarlah kehendakMu yang jadi di bumi seperti di syurga, namun..kami tahun Engkau Tuhan yang baik...kami mohon jauhkan lah kami daripada perkara yang jahat.. Janganlah beri kami dugaan yang lebih besar lagi.. cukuplah Tuhan, kasihanilah kami.
Kami ingin belajar untuk terus setia dan terus setia dan terus setia...
Thank you Jesus.
No comments:
Post a Comment