Salam Damai.
Entah sudah berapa lama tak menulis.
Bukan tak mau menulis, nak, tapi masa amat lah mencemburui hidup kita ini.
Lagi 2 minggu lebih aku akan bertolak ke USM Penang. Kali ini, Oh Tuhan berilah aku energy, kekuatan, ketabahan dan semangat yang membara-bara untuk melakukan yang terbaik. Kalau boleh Tuhan, inilah kali terakhir aku ke Penang untuk Kursus Intensif.
Terlalu banyak yang telah dilalui. Christmas sudah berlalu, dan kini sudah menjelang Tahun Baru 2014. Tup tup tup tak sedar. Very wet year-end. Bermula dari 23 Disember hingga lah ke 31 Disember, hujan tidak berhenti-henti turun. Salji berkat yang Tuhan turunkan di musim Krismas tahun ini memang sungguh luar biasa. Terkenang kisah beberapa puluh tahun dahulu masa aku lagi kecik ketika di sekolah rendah...hampir setiap hari Krismas hujan akan turun. Itulah saat yang paling berharga. Di pagi Krismas, turun ke gereja dan berdoa, berjumpa dengan rakan-rakan rapat dan saudara mara yang kian lama tidak bersua,...sungguh istimewa saat itu.
Tahun ini , aku gagah diri untuk membuat kek lapis. Sudah 7 tahun aku tidak meraikan Krismas dengan sepenuh hati. Aku mula sambung study pada Tahun 2007, dan setiap hujung bulan November hingga pertengahan Disember aku akan ke USM di Penang. Apabila pulang ke rumah, tinggal seminggu untuk Krismas. Dalam tempoh seminggu itupun akan sibuk menyiapkan Amali Report dan Asignment yang akan due pada hujung bulan Disember. So, memang tidak sempat langsung untuk menyediakan kek dan biskut dengan tangan sendiri. Bukan tak nak beli, tapi lebih puas kiranya dapat makan hasil titik peluh sendiri.
Tahun 2013, aku buat 4 jenis kek Kukus;
1. Kek Pilih Kasih
2. Kek Lumut
3. Kek Olive Nala
4. Kek Lapis Olive Kasih
Kek Olive Nala dan Kek Lapis Olive Kasih ni adalah resipi ciptaan aku sendiri. Kebanyakan kek kukus tidak menggunakan santan paket, fresh milk dalam kotak, dan juga peanut butter. Aku gunakan bahan ini sebagai bahan istimewa kerana ini melambangkan kedua-dua anak kesayangan aku. Memang sangat sedap. Lembap, basah dan tidak begitu manis sebab aku kurang kan gula.
Aduh, terlalu banyak cerita di bulan Disember tetapi tidak sempat nak menulis.
Aku harap pada Krismas tahun depan, kami akan sempat membuat Open House di Taman Suria. Tahun ni sudah genap 4 tahun kami menetap di sana dan tak pernah menyambut sebarang perayaan di rumah sendiri. Semoga pada Krismas tahun ini kami akan sempat membuat open house dan berpeluang menjemput jiran datang ke rumah.. Belanja jiran makan terutamanya jiran yang sangat baik seperti Auntie & Uncle Fong, dan cikgu jangan kacau saya.
No comments:
Post a Comment