Tuesday, November 19, 2013

CHICKEN POX MELANDA FAMILY KESAYANGANKU



30 Oktober 2013

Kasih kena chicken pox.  So, dia terpaksa cuti sakit sampai 8 November 2013. Itupun masih ada bekas-bekas lagi. Tapi memandangkan semua chickenpoxnya dah keluar dan lukanya semakin sembuh, kami hantar juga ke sekolah.  Yalah, dapatlah mak aku relax sikit daripada menjaga 2 orang budak sekaligus.di rumah Kasih tidaklah begitu nakal…dan tidak juga begitu menyusahkan.  Tetapi dia sangat teruja bila berada di rumah sehinggakan tidak kenal erti tidur dan makan kerana leka sangat bermain dengan Olive.
Hinggakan Olive pun terikut-ikut keterujaan bermain sehingga tidur pun tidak mahu.  Hujung-hujung emak aku pulak yang kurang rehat..
Kesian…
Tapi chickenpox Kasih tidaklah terlalu teruk. Dan dia aktif seperti biasa…
  

[Muka sedih Kasih. Tapi sebenarnya dia happy seperti biasa.
Ini memang muka manja minta kesian. Ahahahaha!!]

Di lehernya pun banyak bintik. Sengaja minta tocangkan rambut agar bintik itu tidak dicucuk rambut



14 hari kemudian… iaitu pada Jumaat, 15 November 2013

Olive dan papanya mulai panas badannya. Papanya sudah mula kesejukan yang tidak pasal-pasal. Berselimut sampai 2 lapis. Pakai baju sampai 2 lapis. Ini memang kes yang luar biasa sebab hubby biasanya bukan jenis orang yang kesejukan. Dia ku selalu gelar “bleda tayar” sebab tak kenal erti sejuk. Tapi kali ini amat berbeza 1001%.
Akhirnya pada Sabtu, 16 November 2013.. dalam sejarah mereka berdua telah menunjukkan symptom bintik-bintik hitam di badan..
Sehingga ke hari ini, 19 November hari Selasa, bintik itu semakin banyak dan lebih dahsyat dari bintik-bintik Kasih…
Inilah chickenpox…




 oh...kesian Si Olive Nala.. habis mukanya. 
Badan tak payah nak cerita.

Oh Tuhan, tiap hari aku tidak pernah lupa untuk berbual dengan Engkau. Walaupun kadang-kadang hanya perkara kecil seperti meminta tempat parking, dan hal yang kecil-kecil. Hari ini besar sikit permintaan ku. Tolong sembuhkan mereka.
Malam tadi aku tidur jam 2.00pagi gara-gara mengelap badan Olive kerana terlalu panas. Jam 1230 tengah malam aku bangun memberinya panadol kerana takut terlalu panas..
Oh, Tuhan..beginilah hidup seorang ibu. Dan assignment ku masih bertimbun, masih belum dapat buat dengan concentrate lagi….
Aku berdoa agar cepatlah mereka sembuh.. agar kami dapat melalui kehidupan yang normal seperti biasa.
Hanya padaMu Tuhan kami berserah…Amen.

 


No comments:

Post a Comment