Dah hujung tahun ni, ku sibuk jak cari tadika nak hantar Kasih.
Tahun depan kami akan berpindah ke Kampus Samarahan tapi tak pasti bulan bila.
Tadi dah survey Tadika Sunny Hill.
Best jugak...tapi dah bincang dengan suami macam tidak praktikal sebab nanti kalau kami dah pindah ke kampus samarahan, terpaksa pindahkan Kasih. Kesian pulak lah Kasih berpindah randah.
Kreatif Kindergarten tempat dia sekarang, bukannya tak bagus. Di sana ok.
Lagipun guru-guru pun dah kenal, Meymei (ak buah) pun mengajar di sana. dan tidak jauh dari rumah.
Cuma, rasa nak cari tadika yang ada belajar berdoa.
Sekurang-kurangnya anak dah dilatih dari kecil sekurang-kurangnya diajar berdoa ketika makan.
Bukannya tidak diajar berdoa ketika di rumah, tetapi lebih baik kalau ia ada diamalkan di sekolah.
TApi, takpalah..
suami kata teruskan di sana dulu lah untuk setahun. Nanti Kasih dah 5 tahun, nak hantar dia ke Tadika Kerajaan.
Tahun ni sistem pendidikan Negara dah berubah arus. Banyak perubahan dibuat.
Lebih baik rasanya kalau Kasih dihantar ke Tadika kerajaan supaya dia terdedah dengan arus pendidikan negara. Tambahan pula, tadika kerajaan, tenaga pengajar adalah pengajar yang terlatih dari maktab perguruan.
So, tahun depan kena cari Tadika kerajaan di sekitar Kota Samarahan untuk hantar Kasih.
Susah jugak nak cari sekolah yang sesuai untuk anak.
1. Sunny Hill (Taska Sri Gemilang)
Taska : umur 1 tahun 5 bulan hingga 3 tahun sahaja.
Rate : RM300 full day, RM170 halfday
Tadika : 4, 5, 6 tahun sahaja.
Rate : RM170 half day (7.30am hingga 11.30am)
RM300 full day (7.30am hingga 5.30pm)
First enrolment : RM400, merangkumi yuran bulanan RM300 dan RM100 yuran pendaftaran.
Uniform, buku dan material : RM200. Bayar semasa sesi mengambil buku, uniform dan material.
Sini best sebab tadika kristian.
Dulu my cousin Myra pernah mengajar di sekolah ni. Dia kata sekolah ni, before start class mesti ada sesi prayer dulu.
Yang kristian, berdoa cara kristian, yang Islam berdoa cara Islam, dan agama-agama lain berdoa dengan cara mereka sendiri. Ni lah part yang paling saya berkenan.
Tapi, hubby kata susah nanti kalau aku dah pindah ke Kampus Samarahan, takkan nak ulang alik hantar anak sedangkan ia bukan dlm laluan ke tempat kerja.
Boleh memanglah boleh tapi kita kena fikirkan tentang masa, tenaga dan juga belanja minyak. Kalau beza dalam RM50, kena kira juga belanja minyak dan masa yang perlu digunakan.
2. Kreatif Kindergarten ( Taman Bahagia)
Taman Asuhan dan Tadika
Batu 7, Berdepan dengan Kolej Kesihatan Batu 7
Baby - tidak ambik.
3, 4,5, 6 tahun
Half Day (7.00am -1.00pm) : RM220.00 termasuk makan tengahari.
Half Day ( 7.00am - 11.30am) : RM150.00, tidak termasuk makan tengahari.
Full Day ( 7.00am sampai 5.30pm ) RM340.00
Ada buku teks, ada materials, ada uniform.
First payment : RM700-800, termasuk yuran sebulan.
Budak pre-nursery (umur 3 tahun), ada belajar jugak. Ada buku teks, ada exam assessment.
3. Mentari Pagi
Taman Harmoni, Jalan Datuk Mohd Musa ( Jalan Samarahan Lama)
3 minit sahaja dari Sekolah Tunas Bakti (Boy Home)
Baby : Ambik, RM400 sebulan ( 7.00am sampai 5.30pm)
2 tahun ke atas : RM300 ( full day).
Ada belajar jugak.
Yang lain2 belum survey lagi. Nak kena ambil masa juga untuk mensurvey tempat-tempat yang sesuai ni. Nak tengok keadaan sekolah, siapa para guru, pelajar macamana.. semua nak kena fikir dan timbang. Lokasi sekolah, yuran, program di sekolah... semua kena fikir betul-betul.
oh Tuhan, tolonglah permudahkan segalanya because you are the provider.
Amen.
No comments:
Post a Comment