Monday, November 18, 2013

ELNA DALAM DOA

Sahabat adalah teman atau kawan.  
Sahabat adalah orang yang rapat.
Saat dan ketika bersama sentiasa dalam kenangan.
Sahabat ialah seseorang yang sentiasa diingat.

Elna
orangnya agak pendiam.
happy go lucky
tidak kedekut
lurus
jujur
amanah
helpful
genius
dia paling terror bab sejarah dunia
geografi dunia pun dia terror
 

Ku kenal Elna sejak ku di Darjah 1 di  SK Sg. Pinang, Bau pada tahun 1987.
Mulanya tidaklah tidaklah terlalu rapat. Mula rapat apabila selalu singgah lepak di rumahnya lepas sekolah.
Rumah dia memang berdepan dengan sekolah. Paling bahagia lah dia sebab waktu 'recess' dia boleh balik ke rumah untuk minum atau makan.
Petang-petang habis sekolah, selalu lepak dengan memanjat pokok jambu batu di depan rumahnya.
Bila aku dah Darjah 3, Elna darjah 4. Bersama dengan beberapa orang kawan yang seangkatan : Suzi Jito, Josephine Arian, Mudy Aking..Elna dan aku, kami berlima..selalu lepak dengan mandi di Sg. Kombang (Piin Kombang).. terjun ke Sungai dan mandi sampai petang. Mandi sampai biji mata menjadi merah macam pontianak, baru kami pulang.
Itulah saat paling bahagia zaman kanak-kanak.

Kini, aku dan Elna rapat apabila kami sama-sama melayani di gereja. Mempersembahkan hidup untuk melakukan pelayanan Tuhan.

Ah....semuanya itu dalam kenangan. Kini kami dah berusia 30-an. Aku kini dah berkeluarga, dan memiliki 2 orang cahaya mata. Elna, Josephine dan Suzi masih menikmati kehidupan singlenya. Mudy pun dah berumahtangga.  Masing-masing sudah berjaya dan memiliki karier masing-masing.  
Mudy dan Josephine : Nurse. Suzi Jito : Guru. Elna : Engineer. 
Aku? memproses air kencing, darah, dan macam-macam sample pesakit di makmal.

Setiap orang ada saat di bawah, dan ada saat di atas.
Ada masa susah, ada masa senang.
Ada masa sakit, ada masa sihat.
Ada masa gagal, ada masa berjaya.

Hari ini aku tahu dari sms Elna bahawa dia mengidap Rheumatoid Arthritis.
Ah..tak sangka.  Aku akan berdoa semoga Elna akan sembuh.
Dia adalah antara sahabat terbaik yang aku kenal dan aku ada.
 

" Tuhan, Engkau adalah sumber segala kehidupan di bumi ini.
Segalanya datang daripadaMu.
Hidup kami dalam tangan-Mu.
Elna sangat baik orangnya. Seorang yang penyayang, pengasih, tidak kedekut, tidak pandai bercerita pasal orang, jauh lagi mengumpat dan mengutuk orang. Dia antara manusia terbaik yang pernah ku jumpa, yang pernah ku kenal.
Jika pun Engkau ingin mencuba dan menduga dia dengan cara Engkau, aku mohon, sebagai seorang sahabatnya...tolonglah Tuhan, janganlah Kau duga dan Cuba dia sehingga dia sakit yang dia tak mampu tanggung. Ibu dan bapanya sudah tiada. Dia juga belum berkeluarga. Tolong Tuhan, sembuhkan sakitnya. Janganlah beri bebanan yang terlalu berat kepadanya... kesian dia.. Dia baik. Janganlah kau duga dia kuat sangat. Kami amat sayang dia. Dan aku percaya Engkau pun amat menyayanginya...
Tolong Tuhan, aku berdoa pada saat ini. Sembuhkan penyakit dia. Kerana Engkaulah Doktor yang terbaik, pakar terhebat di dalam dunia ini. Tidak ada kuasa mahupun individu yang dapat mengalahkan kepakaran Engkau. Thank you JESUS. Tolong sembuhkan Elna. Dalam nama Yesus, Amen".













No comments:

Post a Comment