Tuesday, August 13, 2013

Biskut Makmur

Hari Rabu yang lepas aku buat Biskut Makmur.
Percubaan pertama selepas lebih 10 tahun. Last ku buat pada tahun 1999 semasa aku di tahun ke-2 kolej.
Tapi masa tu buat dengan bantuan Kakak Ipar (Sinok Ashley). Itu pun baru pertama kali belajar buat biskut.
Kali ini aku sendiri buat. Resipi aku ambil dari Internet.
Sedap jugak biskut ni. Cuma ia terlalu rapuh. Hati-hati ketika pegang sebab akan hancur jika dikasari.

Bahan-bahan
250gm Tepung gandum 
(aku pakai jenama green. Goreng tanpa minyak hingga sedikit kekuningan)
4 sudu makan gula halus
 (kalau nak kurang manis, kurangkan gula, terpulang kepada citarasa masing-masing)
1 tin kecil minyak sapi atau ghee
Kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
Tepung susu (aku guna Dutch Lady sebab strukturnya lebih halus dan mudah melekat. Lagipun bau susu nya tidak terlalu kuat)

Method
1. Tepung gandum - goreng tanpa minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan. Goreng sehingga ada sedikit kekuningan.
2. Alihkan dan campurkan gula halus.
3. Sebatikan kedua-dua bahan ini.
4. Masukkan kacang tanah yang dah ditumbuk dan gaul sebati lagi.
5. Cairkan minyak sapi/ghee 
* Tip : Letak sedikit air di dalam kuali, letakkan besi kukusan di atas air itu. Letak tin minyak sapi di atas besi itu dan kukus hingga ghee menjadi cair. Kacau perlahan-lahan semasa mengukus. Tidak payah tutup kuali. Ghee akan cair kurang daripada 10 minit).
6. Secara perlahan, tambahkan minyak sapi ke dalam adunan tepung+gula halus+kacang tanah. Sebati dan buat doh sehingga sedang-sedang digumpal dan tidak melekat di tapak tangan.
7. Bentukkan bulat.
8. Bakar pada suhu 18 darjah celcius selama 10 minit. 
* Tip: a) Panaskan oven lebih kurang 5-10 minit sebelum mula membakar.
          b) Lapikkan bekas dengan kertas minyak.
9. Bila sudah masak, kuarkan dari oven dan gulingkan di dalam tepung susu ( Kalau nak manis, tambahkan gula halus di dalam tepung susu itu).
Tip: guling-gulingkan biskut di dalam tepung susu ketika biskut masih panas. Kalau biskut dah sejuk, tepung susu tidak akan melekat sangat.
10. Simpan dalam bekas bila biskut sudah sejuk. Lapikkan bekas dengan kertas minyak atau kertas putih bersih.

Sedap sangat biskut ni. Hancur di mulut.


No comments:

Post a Comment