Wednesday, March 27, 2013

WELCOME

27 Mac 2012
4:34pm 

Helloo....
Puji Tuhan atas rahmatnya hari ini akhirnya aku telah create blog ini. Sudah lama aku berniat untuk ada blog sendiri. Blog boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Contohnya untuk share tentang hidup, tentang masalah, tentang hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti seharian dan sebagainya.
Oh...bunyi macam sangat formal lah pulak...tulisan yang pertama ini.

Sememangnya saya suka menulis... tapi kerana kekangan waktu..kerana terlalu banyak masa dalam 24 jam yang perlu dipenuhkan menyebabkan peluang untuk menulis pun menjadi terhad.
Hari ini saya bernekad untuk mula menulis.
Kalau dulu orang suka tulis diari. Dan saya pun pernah juga ada diari.

Cuba tengok title diatas "WELCOME".
Kaler pink. Kira macam feminin sangat...

Banyak orang kata kalau tulis blog atau post status di FB kena post dalam bahasa Inggeris baru nampak mcm kelassss...gitu. Personally, in my opinion...rasanya menulis ini adalah suara hati. Kita guna apa juga bahasa yang kita rasa selesa... apa2 bahasa pun boleh asalkan boleh faham.
Kita mesti berbangga dengan apa juga bahasa yang kita mampu tuturkan.

Banyak saya merepek hari ini. Maklumlah....penulisan yang pertama belum ada set objektif lagi.
Tulis saja apa yang sempat singgah di otak ku yang geliga ini ( elehhh....geliga lah konon...perasan sendiri saja. orang tak puji kita isi bakul angkatlah sendiri. nak cari orang angkat nanti tak bagi upah rasa serba salah lah pulak...)..

4:34pm
Sebenarnya baru habis kelas dengan Medical Student Year 1 sesi 2012/2013.
Hari ini saya ambil PBL group 5.
Pagi tadi dengan Medic Student Year 2.
Pun saya ambil PBL group 5.
 Tahun 1 dan Tahun 2 sesi ini kira ok juga....
ada beberapa student rajin bertanya soalan dan ada semangat buat praktikal.
Ada juga student yang agak slow sikit....bukan slow otak geliga tapi teknikal ada slow....tapi saya rasa happy sangat. Happy dapat explain dengan sungguh2 sampai dia faham.
Bila dia orang kata faham, lega rasa hati. Puas dapat share ilmu di dada yang tidak seberapa ini.
Kami ni nak kata cikgu tidak juga, nak kata tutor jauh kan sekali....lebih sesuai demonstrator.  Malangnya jawatan demonstrator tu takda dalam senarai JPA lagi.


Banyak juga hal yang berlaku hari ini tapi tunggu lah...
Nanti ada masa baru share lagi. Sekian dulu.

God bless all of you yang sudi membaca entry ku ini.

No comments:

Post a Comment