Wednesday, April 03, 2013

Melabur Tanpa Sedar

2 April 2013
Puji Tuhan. Tahun ini saya dapat rezeki lebih sikit hasil daripada pelaburan yang tidak disedari.
Beberapa tahun yang lalu saya ada buat sedikit pelaburan dalam satu koperasi. Tak sangka pulak dalam tempoh 2 tahun lebih saya dapat untung yang di luar jangkaan.  Walaupun tidak mencecah berpuluh ataupun beratus ribu tapi di usia ini ia sebagai permulaan untuk pencetus semangat untuk saya menyimpan dan melabur dengan lebih gigih lagi.

Melabur bukan kerana ingin kaya tetapi atleast ada juga lebihan duit untuk membeli atau mendapatkan apa yang diimpikan ataupun sesuatu yang orang lain dah dapat tapi kita belum mampu nak dapat.

2 April 2013 mencatat sejarah.
Seawal pukul 9.00 pagi saya bersama Sinok (mak) dan Olive Nala bertolak ke pekan Bau.
Wah...hari ini aku ambil cuti kerana meluangkan masa dengan Olive kerana mak tidak berapa sihat badannya.  Untuk memberi ruang kepada mak untuk berehat dan menenangkan hatinya maka bawa lah dia berjalan-jalan makan angin ke Bau. Cukuplah setakat ini. Bak kata orang terapi untuk cepat sembuh dari sebarang penyakit ialah hati mesti hepi, tenang dan terhibur maka sel-sel akan sihat...dan seterusnya badan akan cepat sihat dan sembuh dari penyakit.

Di pekan Bau, saya pergi ke JPN Bau untuk mengambil myKID Olive yang sebenarnya sudah lama siap tetapi 'lupa' selalu untuk mengambilnya. Puji Tuhan!! kerana saya adalah orang ketiga di JPN dan saya sempat buat IC BARU!! sungguh luarbiasa. Hari ini cuti yang tidak dirancang tetapi dapat settlekan 2 perkara penting iaitu 1. ambil myKID Olive dan 2. Buat IC baru, dan puji TUhan lagi... 3. mak pun sempat buat IC baru.  Satu bulan lagi siap lah.
Olive sebenarnya sembelit sejak hari Sabtu. Menangis meraung-raung apabila berak. Faeces (taiknya) macam ketul batu. Kak kuk berbunyi dalam tampoi. seketul saja sehari seperti taik kambing. (Walaupun ku tak pernah tengok taik kambing tapi orang kata taik kambing bulat dan keras).


Settle urusan di JPN kami pun bergerak ke Open Air Market untuk mengisi perut yang hanya sempat  diisi air suam saja pagi tadi.  Kami dua mak makan di gerai makan di Hocker dengan harga makanan RM4.50 sepinggan. Aku ambil nasi putih sikit, sayur paku, sayur anak jagung, sayur kailan dan sedikit ayam rebus. fuh!! sedap dan murah!!! tetap hebat makanan di pekan BAU ini.


Mencipta Sejarah
E.M.A.S ... tidak pernah tercatat di dalam perancangan hidupku bahawa aku akan membeli emas dengan wang sendiri. dan ini memang dengan hasil titik peluh sendiri. Emas pertama yang aku miliki ialah cincin tunang, emas putih. Inipun hubby yang beli. Cincin emas kedua ialah cincin nikah 916, inipun hubby yang beli. Tak pernah ku miliki emas dengan hasil titik peluh sendiri sejak ku bekerja tahun 2001. Dah 12 tahun ku kerja, tak pernah terfikir 1 sen pun utk beri emas.ahahaahahah!!! lawak. Dan ku pernah berkata tak minat pakai emas.
Tapi, sejak beberapa ketika ini, harga emas semakin naik. banyak majalah mahupun artikel ku selalu baca berkaitan dengan emas.  HaHH! terfikir pulak nak beli emas. SEkarang ni harga dah mencecah RM185/gram. So, apa salah kalau ku beli ketika harga pada tahap ini atleast ada juga harta untuk 2 orang anak perempuan kesayanganku kelak. ahahahhaa..
So, ku beli di Bau. tapi tak sempat ambik gmbr lagi..

Segala pujian hanya bagi Tuhan atas berkatnya yang sentiasa melimpah setiap hari.
Thank you Lord.


No comments:

Post a Comment