Wednesday, April 17, 2013
COME BACK
Pagi ini ku bangun dari tidur dengan penuh semangat walaupun sepanjang malam tadi Olive ada merengek-rengek semasa tidurnya...dan si Kasih seperti biasa memang tidur nyenyak hingga pagi.. Kasih memang luarbiasa ignorantnya semasa tidur. Ada bom kah, hujan kah, bunyi apa kah..kalau dia dah tidur memang dia takkan sedar. Dia hanya akan sedar bila dibangunkan atau dia bangun dengan sendiri kalau tidurnya dah cukup. Begitulah kelebihan si Kasih. Walaupun kadang-kadang dia akan manja lebih-lebih namun bila bab tidur memang dia tidak mengalami sebarang masalah. Dia akan tidur dengan sendirinya kalau dah tiba masa untuk matanya tidur.
Turun pagi ini dengan semangat walaupun wajah belum tercalit dengan secalit makeup mahupun bedak.
Mengambil kesempatan di traffic light merah untuk menyapu sedikit bedak dan secalit gincu bibir akhirnya ku sampai office pada jam 7.47am.
Sempat pergi breakfast dengan Lina (Herlina Patrick) di Kwong Hup Cafe. Makan Laksa Sarawak dan Kuih Pulut pagi ini. Ku order air panas sahaja sebab ku ada bekal 3 in 1 nescafe sendiri (jimat!).
Selesai breakfast dengan secepat yang mungkin dan kami terus bergegas pulang ke office dan ku terus tengok apa yang patut dibuat.
Oh, hari ini ada free sikit...maka sempat ku habiskan asignment Biostatistik iaitu menyalin balik dan terus letak dalam sampul. Asignment itu sebenarnya sudah due tetapi tidak apa, ku hantar saja...harapan agar lecturer akan tetap bagi markah...
Maklum, kerja dan belajar, dan menjadi ibu dan isteri pada masa yang sama bukannya kerja yang mudah.
Stress ku kadang-kadang timbul juga especially bila tiba asignment nak due, masa tu jugalah anak demam lah, kerja di rumah itu dan ini lah....aduh..cabaran.
Hinggakan sejak Olive lahir, pelayanan ku dah kurang. Memiliki 2 orang anak yang masih kecil begitu besar cabarannya.
Bukan ku katakan ku tidak dapat melayani lagi tetapi pada masa ini masa, tenaga amat terhad.
Kalau didahulukan pelayanan, ku takut anak-anak terbiar. Dahla papa pun busy juga dengan pelayanan.
Bukan ku kata melayani dan biarkan anak begitu sahaja TUhan pasti akan memberkati...bukan. Maksud ku di sini ialah, ku mau curahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak ketika mereka masih kecil. Ketika ku masih ada peluang untuk bersama dengan mereka. Nanti kalau mereka sudah mula sekolah, remaja, dewasa dan seterusnya...semua peluang itu akan terhad. Makanya ketika mereka masih ini lah aku nak tumpukan sepenuh perhatian untuk mendidik mereka.
Bak kata pepatah melayu "melentur buluh biar dari rebungnya".
Memang betul. Anak-anak kecil senang dan mudah untuk dididik kerana fikirannya masih putih.
Apabila mereka dah sekolah, dah remaja dan dah terdedah ke dunia luar.....pengaruh rakan sebaya akan menjadi lebih hebat. That's why aku merancang untuk mendidik mereka dari kecil. Tanam apa yang patut ditanam supaya berakal, berurat dan kekal di minda mereka hingga mereka dewasa kelak. Kita merancang hanya Tuhan yang menentukan... Oh Tuhan, tolong berkati apa yang ku perbuat pada hari ini kerana sememangnya ku tidak tahu langsung apa rencanaMu untuk masa depan anak-anak ku. Amen. Tolong dengar rintihan hatiku Ya Tuhan..
Tetapi aku tetap akan berusaha melakukan yang terbaik.
Semoga setelah anak-anak ku besar, sudah dapat belajar berdikari, aku telah berjanji dengan diri sendiri...aku akan "Kembali". Kembali ke hidup pelayanan yang amat ku rindui...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment