weekend hari tu sangat busy. Kami bertolak dari rumah taman suria 3 jam 7.30am dan singgah mengisi perut di Ciak Pa Boi Bt.3.
Sinok makan mi sup, aku pulak order Kampua mi. Papa order toast bread dan laksa.
Habis mi sup dan laksa dimakan sidaknya.
Tapi aku? I cant finish the food sebab rasa muak berminyak.
Kasih pulak sipi2 makan apa yang orang makan. Bukan dia makan benar pun.
Olive pun tidak mau ketinggalan. Telan saja apa yang disuap orang ke dalam mulutnya.
Kesian Olive.... suka betul dia makan. Tidak tahu lagi yang perutnya dah kenyang atau belum.
Apa yang dimakan orang dia mesti minta dengan meraung-raung suaranya.
Kadang-kadang kuar airmatanya menangis kalau tak dapat makanan.
Nanti kau dah besar Olive, kau baca blog mama ni. Baru kau tau bagaimana perangai kau masa kecil,ahahahah... macam2 jak anak. Lain anak, lain pe-el nya bak kata melayu sarawak.
Sampai di kampung(Bau) kami kemas rumah, sapu, mop. Rasa nak pengsan.
Dah 2 minggu tak balik, rumah pun begitu kesian...
Debu, sarang labah-labah, taik cicak...semut...aduh...
Berpeluh-peluh membersih rumah.
Cun kul 11.30am kami bertiga ( papa dan Kasih), Olive tinggal dengan Sinok. Kesian Olive mala jak kena tinggal, kami pergi ke Kamdar jalan Airport sebab papa nak beli kain untuk buat kemeja.
Dapat lah dalam 3 pasang kain. Lupa pulak nak ambil gmbar untuk pos di sini. Takpalah, nanti kemeja dah siap baru ambil gambar(harap tidak terlupa).
Sempat juga membeli 2 meter kain untuk buat sarung bantal Kasih dan Olive. Kaler pink. ehehehehe..
mula-mula plan nak beli 2 jenis. satu jenis untuk si Kasih dan satu jenis untuk si Olive. Tapi bincang punya bincang tidak jadi sebab si kakak Kasih apa yang adik Olive pakai dia mesti nak yang sama. Jadi, untuk mengelakkan mereka berebut lebih baik buat yang sama saja.
Lepas beli Kain kami pun bertolak terus ke Serian sebab papa nak mengajar jam 1pm.
Dalam perjalanan pulang perut dah krok-krok. Singggahlah kami makan sekali lagi di batu 10.
Keluarga kami ni tidak miskin, jauhkan lagi kaya. Todah...
Duit kami tidak banyak, gaji pun tidak juga tidak cukup. Nak kata berlebih pun tidak juga berlebih.
Tapi amat bersyukur kepada Tuhan kerana kami ini memang kaya dengan makanan. Setiap kali perut rasa lapar atau rasa nak makan sesuatu, ada juga duit untuk mendapatkannya. Tapi kalau nak hidup bermewah macam orang kaya...memang jauh sekali.
Kalau orang makan istimewa di restoran atau hotel, kami ni syukurlah kalau dapat makan di kedai biasa ataupun warung. Yang kualiti dan kesedapan makanan yang juga sama sedapnya dengan di hotel ataupun restoran. ( Kadang-kadang ada juga peluang makan di restoran atau hotel jika hadiri majlis perkahwinan ataupun dinner gereja atau office).
Tapi, bagi aku, makanan di kedai biasa atau di warung...10x lebih sedap daripada di hotel.
Hotel ada juga menu yang lebih sedap atau istimewalah....
Yala...lain manusia lain ragam. Sedap sesuatu makanan itu adalah subjektif. Setiap orang ada citarasanya sendiri.
Ok...melarat ke bab makan, kaya dan miskin pulak. Lawak. Kalau buat karangan untuk peperiksaan SPM ni memang dah keluar dari topik. Grenti potong markah...ahahahhhaaaa...
Tapi, tajuk post ni ialah aktiviti hujung minggu tak salah juga masukkan cerita macam ni.
Sampai di serian kami relax-relax saja. Papa pergi ngajar. Kasih pulak memang sangat happynya tahap gaban kalau dah berjumpa dengan Yaya dan Achel. Sungguh-sungguh main. Tak mau rugi walau sesaat pun hingga tidur pun dia tak peduli. Memang begitulah anak-anak kecil. Hati sentiasa happy kalau dah bermain especially kalau dah jumpa kawan-kawan.
Berbeza dengan kita orang dewasa ni . Banyak perkara yang kita fikirkan...uruskan kadang-kadang ada juga masa kita lupa akan erti kehidupan yang sepatutnya iaitu Live a life to the fullest...iaitu happy dan nikmati lah setiap saat dengan kesyukuran. Tapi sebagai manusia biasa...kita tidak dapat lari daripada masalah, emosi, tekanan dan sebagainya.
Orang susah lain masalah, orang kaya pun lain lagi masalahnya. Setiap manusia yang berambut hitam mahupun apa juga kaler rambut gerenti ada masalah yang tersendiri.
Papa balit ngajar dalam jam 4.15 pm. Terus kami pulang setelah kemas-kemas barang sebab dalam plan pulul 6pm ada walking prayer di Bau yang aku sendiri mengetuainya.
Dalam perjalanan, Yen sms kata di Bau hujan jadi walking prayer terpaksalah ditunda ke bulan depan.
Rehat-rehat sajalah kami malam Sabtu itu. Dan petang hari Ahad kami pergi membersihkan kebun di Baai sebab Isnin projek rumah kebun akan start. Dapatlah juga mengeluarkan peluh.....
Jam 8 lalu baru kami pulang ke Taman suria 3 selepas singgah di rumah Phyllis untuk sain cek ADYC.
Sekian dulu. kalau dah menulis, idea mencurah-curah hingga boleh menulis sehingga berpuluh-puluh muka surat.
Di sini dilampirkan gambar si kakak Cherish Kasih dan adik Olive Nala....
gambar sidaknya bergembira di rumah petang-petang...
Oh Lord. Thank you for your blessing upon our family. Please bless Kasih and Olive...
In Jesus name, Amen.
********************
Petang-petang balik kerja dalam keletihan, keletihan hilang
apabila melihat wajah anak yang hanya tahu happy!!
Luangkan masa dengan mereka merupakan kebahagiaan yang tidak dapat diberi nilainya..
Puji Tuhan!
Kasih memang belum lagi faham bila masa yang sesuai untuk pakai Make-up.
( Up, Up katanya dulu).
Tapi sekarang dia dah pandai sebut "Make-up".
Cuma dia belum tau lagi mana nak letak di tempat yang sepatutnya.
Olive Nala...dia paling bahagia kalau dapat makan. Sudah 9 Bulan umurnya....
Semakin bijak dan sudah faham bila kita marahnya, dia akan menyebikkan bibir.... Olive Nala!
PUJI TUHAN!
No comments:
Post a Comment