Tuesday, April 16, 2013

BERFIKIR DI LUAR KOTAK



“Tuhan Yesus, terima kasih banyak-banyak kerana aku dapat bangun dengan keadaan yang sempurna pagi ini. Tolong ampuni dosa yang bakal aku lakukan pada hari ini. Tolong berkati dan jaga Kasih dan Olive anak kesayanganku, Norris suami yang sentiasa ku cintai, sinok yang sentiasa ku kasihi.  Ahli keluarga dan rakan-rakan di tempat kerja. Jaga dan ajar kami pada hari ini agar kami dapat memuliakan Engkau. Terima kasih Tuhan Yesus, Amen.”




Hampir setiap pagi ini lah perkara yang selalu aku lakukan. Tetapi ada kalanya ku bangun dan terus melakukan kerja seharian sehingga terlupa untuk melakukan perkara di atas. Oh Tuhan…ampuni lah aku.
Kerja rutin seorang ibu, bangun pagi buat susu untuk Olive dan Kasih. Beri susu mereka. Check pampers Olive takut dia ada berak. Check badan Olive dan Kasih make sure tidak panas. LEpas itu aku akan letakkan tanganku di atas kepala mereka satu persatu “ Tuhan, tolong berkati Kasih dan Olive supaya mereka sentiasa sihat, bijak, pandai, dengar kata, good girl dan akan jadi anak kebanggaanMu.Amen”.
Kemas bantal, selimut dan angkat Olive ke bilik Sinok.

Kemaskan dua pasang pakaian Kasih ke dalam begnya, towel mandi, isi air minum dalam botol, isi tepung susu dalam bekas, dan basuh botol susu dan simpan dalam beg sekolahnya.
Lepas itu sediakan bekal. Kalau Papa bangun awal dia akan buat bekal kasih. BErgantung apa yang Kasih nak bawa untuk bekal. Kadang-kadang kalau ku bekalkan apa yang ku fikir sesuai, nanti petang balik check bekas bekal mesti bekal tidak disentuh langsung. Jadi, setiap malam atau petang kena Tanya dulu apa bekal yang dia nak bawa esok hari.

Dalam tempoh satu bulan dia mula ke Tadika dulu ku akan bekalkan apa yang ku rasa patut. Bubur nasi, buah, dan biskut. Tapi sejak sebulan yang lalu Kasih sudah pandai memilih dan beritahu apa yang dia nak bekal.  Kalau nak fikir di dalam kotak ini mungkin tidak bagus kerana kita menyebabkan dia pemilih jenis makan. Tetapi apabila berfikir di luar kotak, ini menunjukkan dia sudah mengenal makanan kegemarannya, belajar membuat pilihan dan paling penting dia sudah belajar membuat keputusan.  Dan aku selalu menanam di minda untuk berfikir “out of the box”. Melihat yang negative di mata umum menjadi positif. Menjadi seorang yang optimis dalam sesetengah perkara.  Ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan…
Cakap tidak serupa bikin. Ya, lebih mudah untuk kita katakan sesuatu tetapi belum tentu mudah untuk kita kotakan atau kita laksanakan.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menjadi sempurna. Kerana yang sempurna itu hanyalah  Tuhan seorang.  Tetapi aku belajar untuk menjadi yang terbaik. Berserah kepada Tuhan, memohon pertolongan Tuhan…dan menjadi lebih dekat dengan Tuhan..hanya dengan cara ini kita dapat menjadi anak, isteri, ibu, dan rakan yang terbaik.

Takut dan Hormat kepada Tuhan – adalah kunci kejayaan hidup.

Adalah satu kebahagiaan menjadi seorang ibu apabila melihat anak membesar di depan mata.
Kadang-kadang bila hati tidak tahan dengan perangai Kasih yang macam-macam ragamnya, ku mesti menjerit.  Tetapi tak sampai sesaat jeritan keluar dari mulut ku terus menyesal. 
Ibu bapa merupakan cermin kepada anak-anak.
Aku menjadi takut kerana ku takut apa yang ku buat di depannya suatu hari nanti dia akan buat balik.
Aku takut nanti bila aku dah tua, dia akan jerit balik.  OH TUHAN…tolonglah..ajar lah aku cara yang bagaimana untuk aku harus mendidik anak-anak ku supaya menjadi anak yang Engkau inginkan.


Terima Kasih Tuhan atas anugerahMu yang melimpah dalam hidup kami.
Kami berserah kepadaMu segala hidup kami.
Agar kau perbuat yang kau rasa perlu...kerana Engkau Tuhan yang merencanakan dan segalanya adalah di dalam genggaman tanganMu.

Kami Berserah..

No comments:

Post a Comment