Thursday, April 11, 2013

Buah Hati Pengarang Jantung




5.4.2013 hari Jumaat lepas, Olive Nala cun 9 bulan umurnya.

Wah… 4.4.2013 iaitu sehari sebelum berusia 9 bulan dia sudah menunjukkan banyak perubahan. Dia sudah kelihatan lebih ceria, rajin ketawa..dan suka hati bila diusik. Berdekah-dekah dia ketawa.

Best betul…. Sungguh bahagia rasa hati melihat anak yang dilahirkan membesar di depan mata.  Inilah saat-saat yang paling seronok iaitu apabila anak dah mencapai usia 6 bulan…akan banyak perubahan yang kita dapat lihat.  Bermula usia ini dia  sudah boleh diusik dan menunjukkan respon.

Gambar ini dirakamkan pada 10.4.2013 oleh papanya dan diabadikan disini untuk kenangan sepanjang zaman. Nanti Kasih dan Olive sudah besar dia akan lihat.



Kasih semakin meningkat besar. Macam2 dah perangainya…

Semakin manja, semakin bijak, semakin dapat diharap untuk membantu mengambil lampin adiknya, seluar, baju dan mainan adik.  Dia pun dah semakin pandai menyarungkan pakaian sendiri…


Puji Tuhan!!  Thanks God kerana menganugerahkan dua anak yang cukup cantik ini untuk kami sekeluarga.

Kasih memang suka ‘geng’ adiknya. Terlebih geng dan terlebih sayang.
Tetapi kadang-kadang terlebih kasar hingga Olive rasa kesakitan dan merengek.

Lagi gaya Gangnam style yang dia suka buat dengan adiknya. Bukan dia tau yang adiknya belum mampu menampung tubuhnya yang lebih besar. 
Nanti siap kau Kasih..aku dah besar grenti aku lebih besar (Olive)ahahaha!!!

Olive serius orangnya tetapi rajin juga mengukirkan senyuman. Paling happy dia apabila diajak bermain sanggup tidak tidur.
Berbeza dengan Kasih yang happy go lucky, tetapi Kasih lebih manja dan juga tidak akan tidur selagi ada tetamu di rumah. Dia rajin melayan tetamu. Menghantar kuih atau bawakan cawan..memang dia boleh diharap. Semoga anak-anak ini akan berguna dan rajin mesra hingga dewasa.
Oh Tuhan..berkatilah anak-anak kami agar menjadi anak yang akan membanggakan Engkau..menghormati Engkau , takut akan Engkau dan tolong berkati anak-anak ini hingga ke hujung nyawakan, agar mereka akan mendambakan diri dan berserah kepadaMu di seluruh hidup mereka. Dalam nama Yesus, Amen.   

No comments:

Post a Comment