Monday, January 23, 2017

KASIH DARJAH 1 : Kenangan Darjah 1 Program Transisi

2 Januari 2017
Kasih memulakan hari pertama persekolahan. Bangun seawal 5 pagi. Puji Tuhan memang Kasih sangat bersemangat bangun untuk ke sekolah.
Maklumlah semua baru. Baju, kasut, stokin, beg, kotak pensel, segalanya baru.
Kasih tidak meragam. Kami berdua hubby tercinta sama-sama menghantarnya ke sekolah.
Olive pun ikut. Nak bagi sokongan untuk Kasih yang hari pertama masuk Darjah Satu.
1 Arif, kelas ketiga pandai di SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim.
Tapi kelas ini hanya sementara.
Nanti dah habis minggu transisi, mereka akan diletak di dalam kelas tetap mengikut tahap masing-masing.
Ada 5 kelas Tahun 1 di sekolah ni. Boleh tahan juga, ada 5 kelas Tahun 1.
1 Bestari, 1 Cemerlang, 1 Arif, 1 Dedikasi, 1 Inovatif.
Harap Kasih dapat masuk Tahun 1 Bestari nanti. Amen....

Program Transisi selama 3 minggu.
Berakhir pada 17 Januari Kasih menduduki peperiksaan untuk menentukan kelas.
Memang takda belajar langsung. Malam sebelum peperiksaan kami bawa dia jalan, bagi hatinya happy kata bapanya. Oklah....turut saja.... instinct bapa mungkin ada betulnya.
Lepas exam pada 17 Januari, tanya kasih ok kah exam. Susah sangat katanya.
Adoh, entah mcmana susah. Tapi si ibu tidaklah begitu memikirkannya sebab anak dah buat terbaik... apa yang dapat, biarlah rencana Tuhan jadi.
Syukur, Jumaat 20 Januari Kasih masuk Darjah 1 Bestari.
Bapanya yang hantar ke sekolah. Tengahari pun bapa nya ambik sebab mama ada kelas tak dapat nak escape awal.


No comments:

Post a Comment