Monday, January 23, 2017

Minggu Pertama Darjah 1 selepas minggu Transisi : Kisah Kasih Lagi...

23 Januari
Hari ini, minggu pertama Kasih masuk kelas.
Dari kelmarin gago fikir nak bawa buku apa.
Sibuk nak membalut buku dan sebagainya. Banyak betul persoalan dan tugasan mengenai buku.
Banyak juga buku Tahun 1 sekarang. Ada buku Teks dan Buku Aktiviti.
Dah lupa entah mcmana rupa buku mama dulu masa sekolah rendah.
Hilang ingan betul. 30 tahun yang lalu.

Cikgu Juriah (guru kelas 1 Bestari) pesan, tak payah bawa buku teks hari Isnin. Bawa buku tulis saja.
Itu yang Kasih sebut2. Apa2 jaklah..mama mana lah tahu dan dengar apa yang cikgu pesan.

Pukul 5.45am baru bangun. Gara-gara malam tadi tengok AJL, Gara2 nak tengok Dayang Nurfaizah beraksi lagu Lelaki Teragung. Tu dia kau...dah lambat bangun.
Mandi tak bermasalah tapi breakfast menangis.
Pagi2 dah berdosa, berjawab dengan sinok dan husband sbb backing Kasih.
Adoh Tuhan...ampunkan dosaku.

Olive semangat breakfast.

No comments:

Post a Comment