Sejak ku berminat menjahit gaun untuk anak-anak perempuan, ramai lah pulak rakan dan saudara mara yang meminta aku melebarkan sayap untuk menjahit gaun mereka dan juga baju kurung.
Bukan tidak berminat nak menjahit baju kurung, blouse atau gaun untuk orang dewasa, memang ada hati tapi rasa malas melebihi kerajinan. Buat baju untuk anak2 perempuan best, sebab nak potong, kainnya kecil, jahit pun sekejap. Kalau untuk orang dewasa ni ada leceh sikit.
Namun, mula tahun ni aku nak mula kot menjahit baju kurung, ihihihii...
nak mulakan dengan jahit baju skul Kasih dengan Olive lah dulu, Lepas tu untuk diri sendiri. Kalau dah sedap pakai di badan sendiri baru aku akan berjinak-jinak untuk jahit orang lain punya pulak..ihihihihiii...
syukur, hari ini sempat luangkan masa sikit google tips menjahit baju kurung.
Ni aku peroleh dari blog seseorang dari internet.
http://naninana.tripod.com/
thank nina... dicopy ku satu2 tatacara dari blog nina ni..
Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E Senang bukan?
|
nya...
A | Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang |
B | Tangan - 2 keping, kiri dan kanan |
C | Kekek- 2 keping, kiri dan kanan |
D | Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah |
E | Leher - satu je |
|
CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " ) Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,
| UKURAN |
BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN
|
ai, aii | Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuran | Lebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan |
aii | Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakang | Lebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah |
bi | Ukur Panjang Tangan | Lebihkan 1" bawah dan 3/4" atas |
biii | Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh)) | Lebihkan 3/4 " |
bi | Ukur lebar tangan bawah (separuh) | Lebihkan 3/4" |
c | Ukur kekek, ini 4 segi sama | Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan |
di | Ukur lebar pesak atas | Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan |
dii | Ukur lebar pesak bawah | Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan |
ei | Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja.
| biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm |
eii | Ukur labuh leher baju tu | biasanya 4 - 41/2" |
|
|
AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi
|
|
|
A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali.,
Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.
|
potong bahagian tangan
Kita ambil Bahagian B untuk Tangan
|
Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan. Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) - 8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 . so, B = 17 1/2 " Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)
|
Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut. |
|
POTONG PESAK (4 keping)
kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak
|
Cara saya mengukur pesak .
OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah
Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak
Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" = 9 "
Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi ) kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan didan dii. potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.
|
Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.
|
|
POTONG KEKEK
Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"
|
nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak.... tapi, kena buat / tebuk leher dulu!
|
PERSEDIAN NAK BUAT LEHER
Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.
|
tadi ukur leher? katakankan 5"Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni,gunting pelan tersebut
|
Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua.Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.
|
ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong satu lagi sama macam potong kat badan tu.
|
Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus-halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.
|
okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.
|
|
1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas. |
2. Ambil satu kekek
Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau
|
|
Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau.
|
|
Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.
|
Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua bahagian pulak
cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.
|
|
DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah....
|
Harap ada lebih kerajinan untuk memulakan projek 2016 nanti.
Ihihihiii...
No comments:
Post a Comment