Monday, November 04, 2013

Cholesterol Content of Foods


22 Oktober 2013 = 5.12mmol/L
28 Oktober 2013 = 5.8mmol/L

Bagi orang yang ada medical background , kandungan tahap kesihatan adalah perkara yang sangat penting. Bagi Lab-Base people macam kami Medical Lab. Technologist(MLT), kandungan setiap komponen dalam badan juga penting especially glucose dan cholesterol.
Glucose normal untuk fasting = 3.5-6.0mmol/L, Kolesterol <5.2mmol/L.
Jika sudah melebihi tahap ini, memang sudah risau dan berusaha untuk turunkan. Alu berbagai cara dibuat terutama sekali food intake.

Aku memang sangat suka makan kambing especially kari kambing. Ada beberapa orang kata kambing takda kolesterol. Tapi tidak mungkin! Setau aku, kolesterol memang wujud dalam setiap sel haiwan, cuma parasnya yang berbeza. 
Eager sangat, so aku google.com kan...
So, puji Tuhan jumpalah info ini..

Rupa-rupanya kambing memang ada kolesterol tapi tidak lah dalam ranking yang pertama.

Kesimpulannya, Semua organ especially liver paling banyak kolesterolnya.
So, bagus jangan makan liver oyuok lagi. ahahaha. Minyak masak bagus bertukar ke Vegetable Oil. Walaupun lebih mahal tapi untuk kesihatan dan umur panjang, pelaburan awal adalah penting.

*************************************************

If you have risk factors for heart disease, you should not consume more than 200 milligrams of cholesterol a day.
If you do not have risk factors for heart disease, you should limit your cholesterol intake to no more than 300 milligrams a day.
Use the following tables to check the cholesterol and fat content of the foods you eat. This will help you keep track of your daily cholesterol intake.

Note: Cholesterol is only found in animal products.
Fruits, vegetables, grains and all other plant foods do not have any cholesterol at all.

Dairy Products
Portion
Cholesterol
(mg)
Total Fat
(g)
Saturated Fat
(g)
Milk (whole)
1 cup
33
8
5
Cheddar Cheese
1 oz
30
9
6
Yogurt (whole)
1 cup
29
7
5
Yogurt (non-fat)
1 cup
10
0
0
Cottage Cheese (low-fat)
1 cup
10
2
2
Milk (low-fat)
1 cup
10
3
2
Milk (non-fat)
1 cup
4
0
0






Fats
Portion
Cholesterol (mg)
Total Fat (g)
Saturated Fat (g)
Butter
1 tsp
11
4
3
Margarine
1 tsp
0
4
1
Vegetable Oils                  
1 tsp
0
5
1 - 2







Meats & Protein
Portion
Cholesterol (mg)
Total Fat (g)
Saturated Fat (g)
Chicken Liver
3 ½ oz
631
6
2
Beef Liver
3 ½ oz
389
5
2
Squid
3 ½ oz
231
1
0
Egg
1
212
5
2
Shrimp
3 ½ oz
194
1
0
Veal (top round)
3 ½ oz
135
5
2
Lamb (foreshank)
3 ½ oz
106
14
6
Beef (short ribs)
3 ½ oz
94
42
18
Beef (sirloin)
3 ½ oz
89
12
5
Pork (chop)
3 ½ oz
85
25
10
Chicken (no skin)
3 ½ oz
85
5
1
Pork (tenderloin)
3 ½ oz
79
6
2
Beef (ground, lean)
3 ½ oz
78
18
7
Lobster
3 ½ oz
71
1
0
Salmon
3 ½ oz
63
12
2
Oysters
3 ½ oz
55
2
1
Ham
3 ½ oz
53
6
2
Crab
3 ½ oz
52
1
0
Halibut
3 ½ oz
41
3
0
Tuna (in water)
3 ½ oz
30
1
0
Tofu
1/2 cup
0
11
2
Pinto beans
1/2 cup
0
1
0

Friday, August 16, 2013

KHASIAT LIMAU NIPIS

Siapa yang tahu bahawa limau nipis sangat banyak manfaatnya kepada badan kita?
Petang ini sempat juga mengambil kesempatan membaca khasiat beberapa jenis buah yang bermanfaat, yang berkos murah, senang diperoleh, dan mudah disediakan.
Mendapat info ini daripada www.tupai.com hasil nukilan 
untuk dijadikan pedoman bersama. Jika rajin amalkan sudah pasti ada hasilnya.
Segala yang diciptakan Tuhan di bumi ini pasti ada kegunaannya. Mari kita hayati bersama..
Khasiat limau nipis untuk badan




Manfaat limau nipis memang tidak dapat dinafikan lagi. Kandungan vitamin B yang terdapat di dalamnya memang terbukti boleh mendatangkan kebaikan buat tubuh badan kita.

Selain digunakan sebagai bahan dalam produk kecantikan, limau nipis selalunya digunakan untuk merawat kulit, wajah dan rambut. Malah limau nipis juga dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti batuk, radang serta melancarkan sistem pencernaan.

Antara manfaat limau nipis ialah:

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT

1. Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.

2. Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH


1. Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

2. Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.

3. Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.

4. Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN

1. Menghilangkan bau ketiak

Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.

2. Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!

3. Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.

Yeah!! untuk orang yang berkulit macam kulit saya ini digalakkan untuk mengamalkan penggunaan limau nipis ini agar mendapat kulit sehalus, secantik, dan berkilat seperti pelakon Korea.eheheh..
sekian, terima kasih dan selamat mencuba..

Tuesday, August 13, 2013

Biskut Makmur

Hari Rabu yang lepas aku buat Biskut Makmur.
Percubaan pertama selepas lebih 10 tahun. Last ku buat pada tahun 1999 semasa aku di tahun ke-2 kolej.
Tapi masa tu buat dengan bantuan Kakak Ipar (Sinok Ashley). Itu pun baru pertama kali belajar buat biskut.
Kali ini aku sendiri buat. Resipi aku ambil dari Internet.
Sedap jugak biskut ni. Cuma ia terlalu rapuh. Hati-hati ketika pegang sebab akan hancur jika dikasari.

Bahan-bahan
250gm Tepung gandum 
(aku pakai jenama green. Goreng tanpa minyak hingga sedikit kekuningan)
4 sudu makan gula halus
 (kalau nak kurang manis, kurangkan gula, terpulang kepada citarasa masing-masing)
1 tin kecil minyak sapi atau ghee
Kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
Tepung susu (aku guna Dutch Lady sebab strukturnya lebih halus dan mudah melekat. Lagipun bau susu nya tidak terlalu kuat)

Method
1. Tepung gandum - goreng tanpa minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan. Goreng sehingga ada sedikit kekuningan.
2. Alihkan dan campurkan gula halus.
3. Sebatikan kedua-dua bahan ini.
4. Masukkan kacang tanah yang dah ditumbuk dan gaul sebati lagi.
5. Cairkan minyak sapi/ghee 
* Tip : Letak sedikit air di dalam kuali, letakkan besi kukusan di atas air itu. Letak tin minyak sapi di atas besi itu dan kukus hingga ghee menjadi cair. Kacau perlahan-lahan semasa mengukus. Tidak payah tutup kuali. Ghee akan cair kurang daripada 10 minit).
6. Secara perlahan, tambahkan minyak sapi ke dalam adunan tepung+gula halus+kacang tanah. Sebati dan buat doh sehingga sedang-sedang digumpal dan tidak melekat di tapak tangan.
7. Bentukkan bulat.
8. Bakar pada suhu 18 darjah celcius selama 10 minit. 
* Tip: a) Panaskan oven lebih kurang 5-10 minit sebelum mula membakar.
          b) Lapikkan bekas dengan kertas minyak.
9. Bila sudah masak, kuarkan dari oven dan gulingkan di dalam tepung susu ( Kalau nak manis, tambahkan gula halus di dalam tepung susu itu).
Tip: guling-gulingkan biskut di dalam tepung susu ketika biskut masih panas. Kalau biskut dah sejuk, tepung susu tidak akan melekat sangat.
10. Simpan dalam bekas bila biskut sudah sejuk. Lapikkan bekas dengan kertas minyak atau kertas putih bersih.

Sedap sangat biskut ni. Hancur di mulut.


Swimming Suit Kasih dan Olive

01.08.2013 @ 2.30pm
Kami berdua permata hati ku Kasih bergegas ke Wisma Saberkas untuk membeli swimming suit.
Esok nak join Family Camp St.Helen ke Siar View Resort. Best kalau Kasih dan Olive dapat mandi pakai swimming suit. Cute... 
Di Wisma Saberkas takda. So, kami berdua bergegas ke Parkson. Aduh...dah beberapa tahun aku tak menjejak kaki ke Parkson. Rindu. Dulu zaman single kerap aku ke sini..

Wah...banyak juga pilihan di sini. Syukur...sebab ada harga yang mampu dibeli. Paling mahal untuk swimming suit kanak-kanak ialah RM290.00 jenis yang ada gaun pendek.
Aku hanya bawa RM100.00 saja.  Nak bajet beli dalam lingkungan RM30 sepasang. Mujurlah dapat juga RM29.90. Itu adalah yang paling murah. Takpalah, Beli ajelah..nanti anak-anak dah besar sikit, beli saiz besar sikit.  
Beli 2 set. Sama fesyen untuk Olive dan Kasih. Kasih apalagi...rambang mata. Semua nak. Sempat menangis lagi..minta belikan yang berharga RM79.90 ( dia bukan tau yang mama ni hanya bawa RM100 saja). Dah beritahu dia yang mama tak cukup duit pun dia masih nak juga. Anak-anak kecil beginilah. 1001 sabar ...
Happy juga pulang. Sampai rumah dia terus pakai... tak cuci lagi. Dia pakai jadi baju tidur.ahahahahaa...

Sempat ambil beberapa pose dia sebelum dia meragam.
Kasih, Kasih, Kasih............
Nanti Kasih dah besar. Kasih mesti baca blog mama ni. Supaya Kasih tau macamana perangai Kasih masa kecil... 

Ta...ta....

Friday, July 26, 2013

Kisah Oven dan Kedai Tay Hak Hak Satok

Pukul 11.45am pagi tadi. Sebelum bermulanya lunch hour, Kak Liza, Aty, Muni, dan Qama..kami bertolak ke Jalan Satok.
Plan tengahari ini nak pergi ke kedai elektrik. Aku sebenarnya tiba-tiba rasa nak beli oven yang besar sedikit.
Sebenarnya oven sudah ada tapi oven yang ada di rumah itu dah uzur. Oven tu dulu aku beli dari Kak Rita (Nurul Izzati) pada tahun 2005 rasanya dengan harga RM50. Masa tu Kak Rita nak berpindah ke KL mengikut suaminya jadi ada beberapa barang di rumahnya yang dia jual. So, terima kasih banyak-banyak kepada Kak Rita sebab menjual dengan harga yang begitu murah. Oven ini sudah banyak berjasa. Kiranya sudah 8 tahun usianya di rumah aku.

So, kami berempat pun menuju ke Jalan Satok. Aku drive almera hari ini. Setelah parking, dan menggores kupon parking 20sen, maka kami berempat pun masuk dari satu ke satu kedai. Di jalan opposite Miramar itu terdapat banyak kedai elektrik. Satu barisan. Puas betul tengok.
Dari situ aku dapat tahu jenis oven yang ada.
1. 25L
2. 30L
3. 35L
5. 50L
6. 60L

ada 3 jenis oven yang ada offer tadi. Jenama lain tak nampak.
1. Morgan
2. Faber
3. Elba
4. Pensonic
Harga pun lebih kurang.  Tetapi ada satu kedai tu 60L berharga RM420 (Morgan). Kedai itu yang jual paling murah. Kedai lain paling murah RM399.00.

Wow...sungguh hebat promotion musim raya ni. Kalau nak beli barang elektrik, sesuai juga dibeli semasa musim perayaan macam ni sebab waktu ni biasanya ada offer.


Setelah puas round di area itu. Ku tengok Aty, Qama dan Muni dah keletihan. Dah duduk di kerusi.
Faham ku keadaan dia orang, tengah puasa. Ditambah lagi Muni yang mengandung ( dalam 5 bulan). Mesti haus, penat... sungguh ku faham. Dah lah panas lagi cuaca hari ini.